Wednesday, July 21, 2021

Tidak Senonoh &Luar Biasa.. 2 Berita dari Beijing.

 

Tangkap layar rakaman CCTV yang menunjukkan Liu ((dalam bulatan) meletakkan kamera telefon pintarnya di bawah gaunnya bagi menayang alat sulit kepada penonton penstriman langsung. 

1. Buat penstriman langsung tayang ‘miss V’ dalam kereta api 

BEIJING – Seorang wanita di China ditahan polis selepas melakukan aksi tidak senonoh menayang bahagian sulitnya secara langsung di platform penstriman ketika menaiki kereta api bawah tanah, lapor akhbar Daily Star, kelmarin. 

Perbuatan Liu, dari Bandar Huazhou dirakam oleh sistem  televisyen litar tertutup ( CCTV) yang menunjukkan dia mengangkat gaun dan menampakkan seluar dalamnya ketika menaiki kereta api bawah tanah pada Mei lalu. 

Rakaman yang dikeluarkan oleh polis itu menunjukkan penumpang berusia 38 tahun itu duduk di sebelah dua penumpang dalam gerabak yang agak sesak. Dia mengarahkan kamera telefon pintarnya ke celah kakinya sebelum mengangkat gaun dan memusingkan kamera ke bahagian alat sulitnya. 

Liu kemudian memberitahu penonton siaran langsungnya untuk memberikan dia ganjaran kerana berani menayang bahagian suitnya kepada mereka. “Saya berasa gembira selagi anda semua menikmati pertunjukan ini,” kata Liu menerusi video tersebut.

Menurut Polis Nanning Metro, Liu ditahan di Daerah Luchuan, Guangxi pada 27 Mei lalu dan didakwa dengan satu tuduhan memperbanyak, menerbitkan, menjual atau menyebarkan maklumat elektronik pornografi demi mengaut keuntungan melalui internet. 

Kes ini masih di bawah siasatan polis bagi mengenal pasti tujuan utama penstriman la Tangkap layar rakaman CCTV yang menunjukkan Liu ((dalam bulatan) meletakkan kamera telefon pintarnya di bawah gaunnya bagi menayang alat sulit kepada penonton penstriman langsung. - Nanning Metro Police


2. Berusia 14 tahun tapi tingginya 2.26 meter.

KETINGGIAN luar biasa Zhang Ziyu berbanding remaja lain. 

Beijing: Seorang remaja perempuan menarik perhatian ketika bermain bola keranjang kerana ketinggian luar biasa berbanding rakan sebaya. 

Zhang Ziyu, 14, dari Shandong di China memiliki ketinggian 2.26 meter (m) berbanding pemain bola keranjang legenda negara itu, Yao Ming. Menerusi foto dan video sejak minggu lalu, Zhang Ziyu kelihatan lebih tinggi berbanding rakan sebayanya ketika satu perlawanan. 

Dalam perlawanan di Jingzhou itu, Zhang mengumpul 42 mata secara keseluruhan. Media China melaporkan ibu bapa remaja itu adalah pemain bola keranjang profesional. Namun ketinggian dimiliki anak pasangan itu ternyata mengejutkan ramai pihak dengan mengambil kira usianya. 

Bapa remaja itu memiliki ketinggian 2.1 m manakala ibunya 1.98m. Global Times melaporkan ketinggian Zhang mencecah 1.6m ketika tahun satu dan ia meningkat kepada 2.1m, lima tahun kemudian. Pada usia 14 tahun, ketinggiannya juga sudah hampir mencapai tinggi legenda bola keranjang China, Yao Ming yang memiliki ketinggian 2.29m. 

"Dengan ketinggian ini, Zhang diharap dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam bola keranjang," kata peminat dalam komen di Weibo. 

Dia adalah pemain pelapis bola keranjang untuk China, kata seorang lagi peminat sukan itu. Zhang mula bermain bola keranjang sejak berusia lima tahun dan menjalani latihan dengan bimbingan ibu bapanya. Pakar sukan bersetuju Zhang mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan bola keranjang. 
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails