Saturday, July 24, 2021

Guan Eng luluskan 101 projek runding terus, dibongkar...

 

Anonymous said...

Semasa Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan luluskan 101 projek runding terus diluluskan. Tun Mahathir dan Lim Guan Eng mungkiri janji menifesto Pakafan Harapan.

Terdapat 101 projek runding terus (direct nego) bernilai RM6.61 bilion yang dibongkar oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam dalam Sidang Dewan Parlimen bukanlah mengenai siapa yang dapat projek daripada bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tetapi ia adalah berkaitan integriti Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan.

Apa yang didedahkan ini jelas menunjukkan sebenarnya PH cakap tidak serupa bikin.

“Sekarang ini bukan soal siapa yang dapat projek runding terus tetapi ia lebih kepada janji PH yang tidak boleh pakai. Untuk rekod, pada 8 Oktober 2018, Guan Eng semasa berucap di forum ‘Malaysia: A New Dawn’ berkata, tiada lagi projek runding terus di bawah Kerajaan PH.

Menteri Kewangan menyatakan sebanyak 101 projek secara rundingan terus telah dibuat dan ketika itu Guan Eng adalah Menteri Kewangan. Link bawah ni haah..

https://youtu.be/s7oho8m9jlY

“Rakyat tentu terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini Pakatan Harapan melaungkan slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam manifesto PH semua projek akan dibuat secara tender terbuka,” – Tuan ibrahim Tuan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails