Wednesday, July 21, 2021

Bendera hitam replika ‘mayat’ di D/Merdeka.. DAP

 

Babi tunggang DAP sedang menjalankan projek pembangkang Sabtu lalu di Dataran Merdeka..

Pembangkang di sebalik himpunan di Dataran Merdeka

KOTA BHARU: Tidak sepatutnya pihak tertentu menggunakan ruang kebebasan bersuara dengan bertindak di luar normal sehingga boleh membangkitkan rasa jelik rakyat terhadap tindak tanduk mereka.

Tindakan kumpulan aktivis yang menamakan diri mereka sebagai Sekretariat Solidariti Rakyat berhimpun di Dataran Merdeka Sabtu lalu dengan mengibar bendera hitam dan membawa replika ‘mayat’ dianggap sebagai keterlaluan.

Perlakuan itu tidak sepatutnya berlaku kerana jelas melanggar prosedur oeprasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Malah ramai menganggap mereka tidak sensitif dengan suasana negara yang sedang bertarung menangani penularan Covid-19.

Malah di belakang kumpulan itu jelas kelihatan penglibatan pembangkang secara tidak langsung apabila DAP dikatakan sedia memberi khidmat kepada aktivis terbabit.

Ia dapat dilihat apabila pasukan guaman DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilapor sedia memberi khidmat pro bono kepada aktivis terbabit untuk mencabar kompaun itu di mahkamah.

Kenyataan itu dikeluarkan seorang pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.

Mohd Ariff Abdullah


Mengulas isu tersebut Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Ariff Abdullah berkata, tindak tanduk pembangkang dalam isu terbabit tidak dapat dinafikan lagi apabila mereka beriya-iya hendak membela aktivis berkenaan.

Tambahan pula, kempen bendera hitam jelas merupakan merupakan strategi terancang untuk membina persepsi buruk terhadp kerajaan.

“Oleh itu saya menyeru semua pihak agar berhenti memainkan agenda politik murahan dalam suasana yang ada pada waktu ini.

“Biarpun perhimpunan itu sebagai meluah isi hati anak muda terhadap kerajaan sekarang, namun perlu ambil kira musim penularan wabak sekarang.

“Lagi pun kerajaan sudah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu rakyat yang terjejas. Sebelum ini isu bendera putih juga menjadi isu yang dipolitikkan oleh parti tertentu,” katanya di sini.

Baru-baru ini sekumpulan anak muda menyertai protes #KeluardanLawan di Dataran Merdeka bagi menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan dalam menangani kes Covid-19.

Mereka juga membawa replika ‘mayat’ dan ’14 bendera hitam’ di samping mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur kerana mendakwa kerajaan PN gagal membendung pandemik Covid-19.

Himpunan ketika wabak sedang menular itu dikatakan dianjur NGO yang dinamakan Sekretariat Solidariti Rakyat dan Himpunan #Undi18Now.

Ekoran itu pihak polis mengenakan kompaun ke atas peserta protes #KeluardanLawan tersebut dan disiasat di bawah Akta Himpunan Aman 2012.

Mohd Ariff juga berkata, kumpulan terbabit cuba berpolitik dengan menggunakan isu kesusahan rakyat demi politik murahan mereka.

Walau bagaimanapun katanya beliau memuji usaha pihak kerajaan, wakil-wakil rakyat, NGO, pihak masjid, pihak berkuasa agama dan orang perseorangan yang terus membantu rakyat yang benar-benar terjejas dengan ikhlas hati.

Kata beliau sama ada yang mengibarkan bendera putih atau tidak, yang susah tetap menjadi keutamaan dan mesti dibantu.

“PAS di pelbagai peringkat juga sedang bertungkus lumus menggerakkan bantuan ke seluruh seluruh negeri.

“Kalau hendak dikira dalam aspek kewangan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah melaksanakan apa sahaja. Melalui lapan pakej sebanyak RM550 bilion telah diperuntukan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Covid 19.

“Cuba bayangkan kalau Pakatan Harapan (PH) masih menerajui negara dalam situasi sekarang, pasti mereka akan mencipta pelbagai alasan untuk memberi bantuan kepada rakyat sebagaimana yang mereka selalu cipta alasan sepanjang 22 bulan memerintah negara suatu ketika dahulu,” katanyai.

Beliau juga berkata, tindakan yang dilakukan sekumpulan anak muda terbabit tidak pelik dalam ruang lingkup demokrasi, namun ia tidak sesuai dianjurkan dalam suasana penularan wabak yang agak tinggi sekarang. – HARAKAHDAILY 21/7/2021

1 comment:

Anonymous said...

KIKI DAP BAGI BANTUAN BARUA MELAYU JADI MANGSA
JHO LO SMPI SEKARANG KETAWA TERBAHAK BAHAK KINI
MALANGNYA MELAYU ASYIK KENA ADU DOMBA DILAGA2
BANGSA JHO LOW PULAK TUMPANG TEPUK TANGAN LAGI


KESIANNN BARUA BARUA MELAYU DAP INI..

BAWAK SEDAR DIRI SAHABAT SEMUA

#bawaotakbukanpisau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails