Wednesday, December 23, 2020

Sila Jelaskan Benarkah M'sia Bayar Harga Vaksin 20 X Ganda?

 

Vaksin 20 kali ganda mahal: Pengiraan saya berdasarkan laporan akhbar 7 Nov. – Kit Siang

AHLI Parlimen DAP Lim Kit Siang mempertahankan kenyataan beliau bahawa Malaysia membayar harga vaksin kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi berbanding Belgium.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan terbaharunya menegaskan pengiraan beliau berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 7 November lalu.

“Pengiraan saya menunjukkan yang Malaysia membayar kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi, berdasarkan laporan akhbar yang bertarikh 7 November 2020.

“Yang memetik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengatakan yang kerajaan telah “memulakan rancangan yang bernilai RM3 bilion untuk mengedarkan vaksin kepada sejumlah 6.4 juta penduduk di negara kita, sesegera yang mungkin apabila vaksin ini dibuktikan sebagai selamat untuk digunakan seawal bulan Januari 2021”, kata Kit Siang.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bahawa dakwaan yang dibuat beliau mengenai harga yang lebih tiggi itu tidak tepat.

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status terkini portfolio pembelian vaksin COVID-19 hari ini.

“Kini, Khairy mengatakan yang peruntukan RM3 bilion ini adalah “anggaran keseluruhan untuk mendapatkan vaksinasi bagi 70 peratus” penduduk negara kita. Siapakah yang betul — Khairy atau Muhyiddin?” tanya Kit Siang mempertahankan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Muhyiddin hari ini mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan COVAX, Pfizer dan BioNTech serta AstraZeneca, dan bakal memuktamadkan perjanjian dengan Sinovac, CanSino dan juga Gamaleya.

Melalui kesemua perjanjian itu Malaysia akan mendapat vaksin untuk hampir 83 peratus penduduk dengan harga RM2.05 bilion.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan RM3 bilion bagi pembelian vaksin Covid-19 yang akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara Malaysia.

“Dengan pengumuman ini, saya harap ia dapat menyelesaikan maklumat salah yang disebarkan Kit Siang yang mendakwa kerajaan membelanjakan RM3 bilion hanya untuk perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech sahaja merangkumi 20 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” kata Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Khairy telahpun menyangkal kenyataan  Kit Siang itu semalam selepas beliau membandingkan kos vaksin Pfizer yang perlu dibayar negara.

“RM3 bilion merupakan anggaran keseluruhan kami untuk dapatkan bekalan sekurang-kurangnya untuk 70 peratus daripada penduduk. Kenyataan anda adalah tidak tepat,” ciapnya di Twitter hari ini.

Kit Siang dalam kenyataan awalnya pada Isnin mempersoal mengapa kerajaan memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin untuk 6.4 juta rakyat Malaysia.-SM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila jelaskan, benarkah Malaysia bayar harga vaksin 20 kali ganda?

Hibur Hibur Sikit.. Lihat di sini..


Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

Album 1 
Album 2
Album 3

22 comments:

Anonymous said...

MELAYU ISLAM JAHAT LEBIH BAIK DARI KAPIR BAIK HAHAHA
UNTUNG ATAS ANGIN BUAT DUIT ROMPAK DARI BELAKANG
DAH DASAR KERAJAAN TEBUK ATAP
PAS BERSETONGKOL SAMA HAHAHA TAKBIRRRRR

Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Pontian nih silap perkiraan... bukan RM500 juta la... sebab bajet 2021 untuk pembelian vaksin Covid-19 dari syarikat Pfizer adalah sebanyak RM3 bilion... maka ianya hanyalah RM300 juta

Tapi perosalan yang diangkat didalam Dewan Parlimen memang terbaek...

Siapa yang dapat untuk komisyen sebanyak RM300 juta tue... komisyen 10%


Hahaha... sure dalam masa terdekat nih akan terbongkar semua cerita.. itu la semua nak sapu sendiri .. takmo nak kongsi sesama penyamun... jadi penyamun lain sure akan melompat bising tak puas hati... so padan muka la... Hahaha


Lain kali setel belakang la sesama penyamun... Hahaha... sebab kalu dah penyamun tu tetap lah penyamun... Hahaha


Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz6hPrXZAXn

Unknown said...

Kapir cakap copek jo kau pecayo kan, kawan hang dunio akhirat tu

Anonymous said...

Jika benar seperti dakwaan siang kit, ini check and balance. Rakyat tidak mahu rompakan wang melalui harga yg jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Rakyat sangat serik dengan kegiatan seperti ini yg pernah berlaku dlm kerajaan umno dahulu. Harga tender melebehi harga pasaran dan perbezaan itu masuk dlm akaun politik atau ahli politik. Kejahatan spt ini perlu diberhentikan secara noktah.

Unknown said...

12.59...ni ambe setuju. Ini tidak, terus je tolan bulat bulat bilo atok kit siang cakap, yakin lagi kat cakap apek kit siang dengan suku sakatnya berbanding dari quran hadis. On the spot maki hamun terutamo pas. Mati kaum kerabat kau panggil lah puak puak kesayangan kau tu, kat akhirat nnt bangkitlah dengan diorang

Anonymous said...

Pas tidak maki hamun. Pas juga tidak bawa pesta arak. Pas juga bebas rasuah. Ahli pas tiada tattoo seperti ahli dap. Cuma pas banyak kali jadi mangsa maki hamun dap. Tuduh pas taliban. Tapi dalam dap ada lttee dan komunis. Dan siang kit juga adalah saki baki pengikut komunis.

Anonymous said...

Tauu. Tp pas parti tunggang agama. Contohnya kes lebai q7 langgar sop. Burung hud hud pun kena pggil utk cover kesalahan menteri lebai.

Anonymous said...

Btl tu..kena semak dgn suma pihak..jgn cepat kapirkan org islam..try blajar islamkan org kapir plk.

Unknown said...

Laaa AG pun tak dakwa dia, kalau hang lagi bijak dan ada bukti untuk dakwa dia pilah report polis.

Sibuk tuduh orang tunggang agama, kalau hidup tak tunggang agama nak tunggang apa lagi? Tunggang sosialis? Bodo bodo lebai pas yang hang kata, mencanaklah harga kelapa sawit, masa menteri pujaan hang jaga sawit menjunam masuk gaung, tu pun tak sedar sedar lagi. Bodo bodo lebai pas jaga alam sekitar diiktiraf antara menteri terbaik... Puak kau? Kawasan tadahan air pun takde, ambik air negeri orang tapi tak mahu bayar... Pikir lah sikit jangan dok bodo dan sakit hati sangat dengan lebai

Unknown said...

Takde aku nak kapir kan sesapa, tapi dah mmg itu Allah dan Rasul cakap,lebih kurang maksudnya kamu dengan ketua(ikutan@org kamu cinta) kamu di akhirat nnt

Anonymous said...

Quran dan hadis pun disalah guna dalil utk pertahan kesalahan diri sendiri buek apo? lagi dahsyat permainkan quran dan hadis…..
dasar burukkan imej Islam....

bila kita tegur kata kita sokong DAP apa punya IQ dah habis spin nak patahkan hujah melabel org chai DAP....sudah laaa tunggu mati je lah nnt kita semua pakat jawab yer….apa nak takut ALLAH MAHA ADIL

Anonymous said...

Bila pulak pas tonggang agama. Bang non tidak ada back ground agama, tapi ngajar hadis. Tghh back ground nya pendidikan agama, selayaknya ngajar quran dan hadis. Jadi sapa yg tonggang agama? Kalau bang non ngajar hadis, dia seperti tikus baiki labu, sebab back ground bang non sendiri suka pada yg haram sec dlm agama.

Anonymous said...

Mati nanti susah nak jumpa, sebab yg ikut siang kit di dunia, di akhirat pun ikut siang kit. Yg ikut tghh di dunia, di akhirat pun ikut tghh.

Anonymous said...

Berat nanang mu ni. Kita ni org islam. Dunia dan akhirat nk ikut nabi muhamad. Nk dptkan syafaat baginda.
Mu gi ikut tghh bakpe? Sesat barat mu ni..teruk kena badi dap.

Anonymous said...

Tghh ikut Nabi. Siang Kit ikut saper ya? Buddha kot.

Unknown said...

Nak ikut nabi kenalah ikut ulamak,ulamak yg lagi arif, nabi pun ulamak pewaris dia, ke hang lagi teror dari imam mazhab sampai nak direct ikut nabi, baca fatehah dah betul blum?

Anonymous said...

Dlm pas ada ulamak ke? Ulartamak dan ular dalam semak ramai la.

Unknown said...

Yalah dalam pas takde ulamak, dalam DAP, pkr je ramai ulamak... Nak menang sangat kan, ambik sangatlah... Pesan aku ni je, nabi sebut, sombong tu adalah menolak kebenaran, dan sabda nabi lagi tak masuk syurga orang yg dlm hatinya ada kesombongan... Dahlah aku mintak maaflah, tak kuasa aku carik kau di masyar nnt, dan aku harap jugak kau tak tercari cari pemimpin pas yg kau benci sangat tu di akhirat nnt... Wallahua'lam

Unknown said...

Apek KAFIR DAP dah ada modal woi...menifesto mana..mana...

Unknown said...

Wahh dasyat fitnah kau "ular tamak" dan "ular dalam semak" kau kata . ...suluhlah muka tu kat cermin sikit bang... Arwahyarham Harun Din, arwahyarham ishak baharom. Arwahyarham fadhil noor, arwahyarham ismail kamus, arwahyarham tn guru hj saleh, arwahyarham Nik aziz, ustadz hadi, tn Ibrahim tuan man, beribu ribu ustadz yg mengajar kuliah maghrib, kuliah subuh kat seluruh Malaysia ni, 90% nya penyokong parti apa... Ke hang lagi lagi alim, lagi waraq, lagi zuhud... Mim mati bertumu huruf ba apa hukumnya kah.. Kah.. Kah... Lamyakunil/surah albayinah fafal ke... He. He. He

Anonymous said...

Siang kit bagi ceramah siapa yg ikut. Bila Tuhan dah tutup pintu hati pemujanya, maka penglihatan, pendengaran, pemikiran, sanubari, jiwanya dihembuskan oleh bisikan syaitan. Nauzubillah.

Anonymous said...

Bila tuan2 guru berceramah, implikasinya tiada rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan khazanah negara dalam kalangan ahli parti. Ini kesan dari panduan Quran dan hadis yg jadi rujukan dalam Islam. Jika tidak, akan berlaku aktiviti semburit, banglow dan terowong dan macam kejahatan lagi.

Anonymous said...

Yg tuduh pas tunggang agama, setakat ni takdalah ahli yg teguk arak, bertattoo, bertonggeng jubor. Beza dengan dap yg mabuk2 bila menang, berjudi, ceroboh, tak nak bayar hutang, siap dengan komunis dan lttee.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails