Monday, December 21, 2020

Manipulasi tanda halal didalangi kartel daging, diminta salurkan maklumat...

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. NSTP

Isu halal, haram akan diambil tindakan

PETALING JAYA: Mana-mana pihak yang mengesan sebarang manipulasi tanda halal didalangi kartel daging diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kerajaan akan mengambil tindakan sedaya upaya sekiranya berkaitan sebarang isu menyentuh halal dan haram.

Katanya, usaha sedemikian yang sering mengundang kontroversi dalam kalangan umat Islam akan turut dijalin menerusi tindakan bersepadu bersama agensi di peringkat negeri.

"Apa-apa terkait halal dan haram akan kita ambil tindakan yang sungguh-sungguh.

DISYORKAN UNTUK ANDA

"Bagi saya laporan dan biarlah ia terperinci untuk memudahkan kami melaksanakan tugas kami.

"Kerajaan akan bekerjasama dengan peringkat negeri untuk buat sebarang keputusan berdasarkan isu seperti ini (halal dan haram)," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Laporan muka depan BH hari ini mendedahkan kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai 'membeli' beberapa kakitangan kerajaan.

Modus operandi itu antara lain dipercayai tindakan mengupah pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dengan mujahid ph, ini hal peribadi. Pengusaha nak cari makan. Masalahnya ada logo halal. Nak menipu orang Islam. Boleh niaga tapi jangan letak logo halal.

cikminah said...

Macam mana pulak kes, anak sedara Timbalan Menteri FATIMAH SADDIQ yg kawen ketua hoki benggal ikut agama sikh.
Senyap je, Ok ke Ustad....????
Janganlah berita ROGOL je jadi bahan utama. Ini kes agama, kenapa tak disentuh langsung...???
Hahaha....mesti dia delete posting aku ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails