Thursday, December 24, 2020

Pencemaran sungai: Lagi S'ngor, Pengusaha kolam ikan keli pula..

 

EXCO Selangor, Hee Loy Sian (kanan) ketika melawat kawasan kolam ternakan ikan keli dipercayai punca pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor, baru-baru ini. - Foto NSTP/ Aswadi Alias

Pencemaran sungai: Pengusaha kolam ikan keli di Serendah, 4 pekerja ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha kolam ikan keli antara lima ditahan susulan pencemaran sungai yang menyebabkan bekalan air di 1,274 kawasan di Selangor terjejas pada 7 Disember lalu.

Lelaki berusia 50 tahun ditahan bersama empat warga Indonesia berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun yang juga pekerja kolam ikan keli terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan kelima-lima lelaki itu di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin.

"Pencemaran yang berlaku pada 7 Disember lalu disyaki berpunca pelepasan air dari kolam ikan keli yang diusahakan suspek tanpa lesen di Serendah sejak tiga tahun lalu.

"Perintah reman ke atas semua suspek dibenarkan selama satu hari sehingga hari ini dan permohonan sambungan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Hulu Selangor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Pada 7 Disember lalu, sebanyak 1,274 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air.

Ia Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Pengerusi Bersama Hal Ehwal Selain Hal Islam (HESI) Selangor, Hee Loy Sian mengesahkan kawasan ternakan ikan keli dipercayai menjadi punca pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor menyebabkan LRA terbabit dihenti tugas.

BERITA BERKAITAN

IHtv
IHtv
10 subscribers

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails