Friday, December 25, 2020

Musang Kng Raub: 2 alasan mahkamah menolak permohonan plaintif..

 

Penceroboh kebun Musang King, gagal cabar kerajaan

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terlibat dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan sosial dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat. 

Siew berkata mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah. 

“Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini,” katanya.

Siew berkata mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara. 

Ditanya jika plaintif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau membuat rayuan kepada pentadbir tanah yang mengeluarkan notis pengosongan itu, Siew berkata pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pekebun terlibat.

“Kita akan berbincang apakah tindakan yang efisien dan lebih baik supaya penyelesaian terbaik dapat diambil supaya kepentingan pekebun tidak terjejas. Rayuan adalah satu cadangan yang akan dibincangkan.

“Bagaimanapun, saya berpendapat memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, jika kami membuat rayuan, ia adalah terhadap keputusan mahkamah hari ini berbanding merayu terhadap notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965,” katanya. 

Pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar. 

Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos lepas manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 September dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden. 

Pada prosiding itu, semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. – BERNAMA

IHtv
IHtv
10 subscribers

7 comments:

Anonymous said...

Ceroboh hutan, cemar sungai, daging bangkai, ini semua kerja bangsa dap, sekutunya pan dan pkr.

Anonymous said...

Kronologi bagaimana PAS menjadi liberal:

G25 Kumpulan Liberal Kelirukan Isu Murtad - Berita Parti Islam Se Malaysia ( PAS)


1) Pertandingan Miss Plus World kali pertama diumumkan untuk pendaftaran pada Ogos 2020. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk muslimah.
PAS berdiam diri.
2) Pertandingan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur, di bawah pentadbiran Menteri Wilayah, TS Annuar Musa.
PAS berdiam diri.
3) September 2020, diumumkan 14 Finalis Miss Plus World.
PAS masih berdiam diri.
4) Minggu lepas, berlegar di media sosial poster pertandingan ratu cantik Miss Plus World, netizen mula mempersoalkan apa tindakan PAS.
PAS dah mula menggelabi.
5) Akhirnya pada 19 Disember, YADIM yang dikepalai oleh Tantawi, mula bersuara membantah pertandingan Miss Plus World.
Penyokong PAS mula bertakbir, dalam masa yang sama Menteri-menteri PAS masih berdiam diri.

6) 21 Disember, giliran Muslimat PAS pula suarakan bantahan. Muslimat PAS kata ia eksploitasi wanita.
Lalu para ukhti PAS pula bertakbir, Menteri Wanita PAS relaks je tak kata apa.
7) 22 Disember, Pemuda PAS umum mahu jumpa penganjur, mahu runding mengenai pertandingan ratu cantik itu.
Penyokong makin kuat bertakbir dengan harapan Pemuda PAS akan berjaya menghalang pertandingan ratu cantik itu.
8) 23 Disember, akhirnya Pemuda PAS bertemu di meja rundingan, dan selepas berunding Pemuda PAS bersetuju pertandingan ratu cantik diteruskan dengan syarat tukar nama.
Penyokong PAS jadi kelu, keliru nak bertakbir lagi ke tak sebab semalam kata bantah hari ni benar pula.
9) Lantas Ketua Pemuda PAS tulis artikel dan disiarkan di harakahdaiy bertajuk "Dakwah di Meja Rundingan", dengan kesimpulan usaha mereka jumpa penganjur hanyalah berdakwah, bukan membantah.
Natijahnya, pertandingan ratu cantik tetap diteruskan dengan syarat tukar nama.sahaja.
Maka penyokong PAS mula menggelabi, tak tahu nak respon camne, lalu akhirnya mereka mula meratib, "asalkan bukan DAP!".
10) Kesimpulan, Menteri Wilayah senyum goyang kaki je lihat gelagat PAS meloncat-loncat terpaksa handle isu ini, sebab akhirnya imej PAS sendiri semakin tercalar dan kini PAS sudah pun rasmi menjadi liberal.
- menyokong individu ultra liberal dan lgbt sebagai Speaker dan Timb Speaker Dewan Rakyat.
- Menteri Sawit PAS kata arak ialah hak Allah untuk non-muslim.
- Senator PAS kata upacara perkahwinan agama Sikh hanyalah respsi perkahwinan
Alhamdulillah.
PAS sudah jadi liberal.

Anonymous said...

Cubaan yg baik untuk untuk memburukkan pas. Cuba lagi. Buat yg lebih ganas lagi seperti 90 juta atau fostat gelap. Atau seperti fitnah ust mokhtar. Dan jangan lupa pulak bahawa pan dan pkr serta sekutunya, dap adalah legenda parti yg kuat tabur fitnah kat lawan politik. Pas tetap parti yg ikut ahli sunnah wa al-jamaah tidak seperti pan dan pkr yg anut faham liberal. Presidennya Islam tapi memusuhi ulamak.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

ALHAMDULILLAH - 4000 HEKTAR Tanah di RAUB, PAHANG di Gunung Berapi Purba BANJARAN TITIWANGSA kita (yg. amat KAYA dgn. bahan2 NADIR BUMI/RARE EARTH Minerals yg. amat KAYA dgn. bahan2 NUKLEAR) - akhirnya diSELAMATkan oleh HAKIM Orang Asal ISLAM/MELAYU kita yg. berINTEGRITI & berani kita - dr. PENCEROBOH2 TANAH HARAM dr. PENDATANG2- tamak, buas, bongkak & rakus- si PENYOKONG2 DAP Penjajah Zionis PARASIT!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Baiklah BERAMBOS selamanya si MUSUH Islam/Melayu, si PENJAJAH Zionis DAP Parasit ni - dr. BANJARAN TITIWANGSA & NEGARA ISLAM, pusakaTURUN TEMURUN Nenek Moyang BUMIPUTERA berzaman kita ni!!

Di -
https://ismaweb.net/2020/12/23/adun-dap-kecewa-keputusan-mahkamah/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

SEWEL betul Suruhanjaya Koperasi ni!!

Tgk. lagi punya LICIK & JAHATnya PENCEROBOH2 TANAH HARAM DAPpengganas ni - TUBUHkan pula KOPERASI Pekebun Durian utk. mengHALALkan PENCEROBOHAN HARAM depa utk. pertanian Durian MUSANG KING HARAM depa!!

Di - https://ismaweb.net/2020/12/23/pekebun-haram-musang-king-raub-lulus-permohonan1-koperasi/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

NGO Orang Asal ISLAM/MELAYU amat BERANI kita, PEMBELA - yg. telah berPENAT LELAH menentang PENCEROBOH2 HARAM-si PENYOKONG2 DAP Parasit ni - menuntut RCI - utk. menyiasat siapa DALANG2 IKAN JERUNG yg. MELINDUNGI Penceroboh2 HARAM di BANJARAN TITIWANGSA kita ni, selama ini!!

Serta juga, kerana setiap PENCEROBOH2 HARAM DAPpengganas ni - TAK lansung diDAKWA, apalagi diPENJARAkan serta diSAMAN akan Cukai2 TANAH yg. tentunya TAK BAYAQ, serta diPENJARAkan - mcm. VETERAN ATM kita yg. diPENJARAkan 2 thn., serta diDENDA $50,000, hanya kerana MENEROKA secara HARAM akan 2 ekar TANAH, di TAIPING!!

Lihat di - https://ismaweb.net/2020/12/23/perjuangan-belum-selesai-pembela-desak-tubuh-rci/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails