Sunday, December 20, 2020

Jamin keadilan sewajarnya untuk keluarga Adib

 

BALING: Kerajaan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi keadilan buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia semasa bertugas ketika berlaku rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata setakat ini pihak Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini di peringkat akhir, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

“Satu inkues telah dibuat di mahkamah, kemudian koroner atau hakim yang mendengar inkues membuat verdict(keputusan) bahawa punca kematian adalah kerana tindakan jenayah oleh dua orang atau lebih, yang tidak diketahui,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) Kedah di sini, hari ini.

“Itu verdict oleh koroner, jadi menyebabkan pendakwa raya apabila hendak mendakwa seseorang, perlu mengenal pasti pembuat jenayah itu, jadi oleh kerana verdict itu mengatakan orang yang tidak diketahui maka menyebabkan tindakan pendakwaan tidak dapat dibuat.

“…saya difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara meminta pihak polis membuat siasatan lanjut dan saya difahamkan pihak polis turut mencadangkan diadakan inkues baharu, tapi setakat ini tiada lagi inkues baharu,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian semasa mengulas kekecewaan keluarga Muhammad Adib dengan cadangan mengadakan semula inkues kematian anggota bomba itu kerana sudah terlalu lama bersabar menunggu pembelaan terhadap arwah.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 Septemper 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sementara itu Takiyuddin berkata, sebuah bangunan  baharu kompleks mahkamah yang menempatkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret akan dibina di Sik bagi menggantikan bangunan lama sedia ada yang sudah uzur.

Beliau berkata ia melibatkan peruntukan sekitar RM30 juta, dan pembinaannya akan bermula dalam masa terdekat, dijangka siap pada 2022.

“Bangunan mahkamah di Sik yang dibina dalam tahun 1950-an itu sudah agak uzur, kita telah kenal pasti tanah di Sik seluas 1.2 hektar, dan dengan pembinaan bangunan baharu ini kita harap dapat mempercepatkan pengurusan kes di Sik,” katanya. – BERNAMA

IHtv
10 subscribers

10 comments:

Anonymous said...

Janji JAMIN tu dah BASI! Rakyat mahu tengok tindakan!

Nanti bila dah terlepas kuasa kepada Pakatan Hancing maka kes ini akan dibuang bergitu sahaja?

Anonymous said...

So skrg sapa kuat kencing?

Anonymous said...

Tertuduh membunuh tu di mana sekarang? Mudah sangat tommy kasik gugur kes. Kes eng guan pun terlalu mudah buat tommy untuk gugur kes. Mudah macam campak sampah keluar tingkap. Kalau lagi lama ph perintah entah apa lagi yg dibuang. Mujur tak sempat lama. Yg busuk, semua ada pada ph. Hancing.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

BODOH punya MENTERI UNDG2!!

MENTERI KDN dr. Melayu LIBERAL Bersatu/PEGUAM NEGARA baru paling TAK GUNA/KETUA POLIS NEGARA yg. diLANTIK bawah rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH/PKR homo/DAP Parasit - terus memPERMAIN2kan kes PEMBUNUHAN amat kejam Allahyarham Adik Bomba, Muhd. Adib Muhd. Kassim, termsk. disyaki oleh PEMBUNUH2/PENGGANAS2 Hindu Tamil Eelam Sri Lanka!!

Sementara, MENTERI UNDG2 dr. PAS (tak tau apa FUNGSI dia sebenaqnya kat JABATAN UNDG2 JPM tu) - pula dah jadi KULI bisu/pekak/buta pd. Melayu2 LIBERAL Bersatu ni!!

Lihat di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/765299/cari-penjenayah-bukan-siasat-punca-kematian-keluarga-adib

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Patutnya MENTERI UNDG2 paling TAK tau apa2 ni- SIASAT juga hubungan HAKIM yg. TAK berINTEGRITI lansung (yg. menjatuhkan HUKUMAN PENJARA sewenangnya pd. YAM DS Najib - dgn. mengABAIkan BUKTI2 PENTING Sabotaj, Perangkap & Penipuan oleh EJEN2 PENGGANAS Zionis US/ISrael-SOROS & EJEN2 tempatan depa dr. rejim PH Parasit, yg. kesemuanya diDALANGI oleh Empayar Zionis ROTHSCHILD, ke atas YAM DS Najib terCINTA kita, keluarga beliau & Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain kita dr. UMNO, dlm. kes 1MDB PENIPU) - dgn. bekas peguam negara PARIAH, tommy thomas & geng2 PARIAH dia terutamanya gopal sri ram, amat RASIS, FASIS & PENIPU - yg diBIAQkan KETUA HAKIM NEGARA & PEGUAM NEGARA baru LIBERAL paling TAK GUNA - utk. terus menJAHANAMkan Sistem PERUNDANGAN & KEHAKIMAN Negara, legasi JAHAT rejim PENJAJAH Zionis PH Parasit/DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit yg. terus diSAMBUNG hingga skrg., termasuk berkaitan kes PENYOKONG2 Pengganas TAMIL EELAM Sri Lanka diBEBASkan sewenangnya oleh tommy PARIAH ni!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Tgk. HAKIM yg. SAMA nilah, yg. mengHUKUM YAM DS Najib selama 12 TAHUN Penjara - yg. hanya HAKIM SIVIL & HAKIM MAHKAMAH TINGGI - boleh sewenangnya MENGUMUMkan yg. AKTA SOSMA tak berPERLEMBAGAAN - disyaki utk. BERSUBAHAT dgn. si bekas Peguam negara PARIAH DAP penipu, tommy thomas utk. memBEBASkan Penyokong2 dan disyaki PENAJA2, PENGGANAS Tamil Eelam Sri Lanka, dr. pemimpin2 DAP Parasit!!

PECAT Ketua Hakim Negara - yg. diLANTIK bawah rejim PH/PKR HOMO-DAP Parasit paling TAK GUNA tu - yg. telah memBIAQkan SISTEM KEHAKIMAN NEGARA diJAHANAMkan oleh rejim PH Penjajah!!

Lihat di - https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/13/peguam-negara-tak-rayu-hakim-putuskan-seksyen-13-sosma-tak-berperlembagaan/

Anonymous said...

Isu murtad. Lagi fitnah ph terhadap pas.

Anonymous said...

isu sajat. Lg fitnah Pas pada ph.

Anonymous said...

Sajat memfitnah diri sendiri. Dapat sokongan dari ph. Presiden liberal punya hal.

Anonymous said...

Sajat pun dpt sokongan Ph. Yg ni lawak. Kahkahkah..
Camtu, si melayu kawin benggali ni dpt sokongan PN la. X gitu walaun???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails