Dr Zulkifli berharap ketibaan 2021 memberi sinar lebih baik tanpa ada perilaku kurang elok yang mencalar imej pendakwah seperti kontroversi tercetus, sejak akhir-akhir ini. Foto NSTP Luqman Hakim Zubir
'Saya 'tok sey' dengar cabul'
SEPANG: Tahun baharu 2021 yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi, diharap memberi sinar lebih baik tanpa insiden membabitkan perilaku kurang elok yang mencalar nama baik Islam dan imej pendakwah, termasuk golongan digelar pendakwah selebriti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, perilaku sedemikian memberi persepsi buruk kepada kelompok agama itu.
Beliau yang turut menasihati dirinya, memberitahu, semua pihak perlu menjaga diri kerana kes seumpama itu mudah mendapat liputan media.
"Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya tok sey (tidak mahu) dengar pencabulan.
"Kalau ustaz dengan gambar-gambar sekali (dipaparkan)... Dua minit kita tahu dah siapa (pelakunya)," katanya ketika berucap pada program Tausiyah bersama Pendakwah Selebriti di sini, hari ini.
Yang turut hadir pendakwah dan penceramah terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Datuk Mohd Kazim Elias dan Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don.
Zulkifli turut berseloroh dengan menyatakan pendakwah seharusnya memilih untuk berpoligami berbanding melakukan perbuatan jenayah seksual seperti mencabul.
"Nikah dua, nikah tiga, nikah empat tak mengapa. Tapi cabul ini, Allah... Nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya," katanya.
Selain itu, Zulkifli berkata, pendakwah selebriti perlu saling menasihati.
"Kita perlu saling menasihati dan mengingati sesama Islam, jadi salah satu caranya adalah majlis seperti ini, di mana kita dapat berkumpul dan mendekatkan diri kita antara satu sama lain.
"Dengan itu, kita berharap sinar 2021, kita tak mahu lagi dengar isu sebegini, pendakwah ini ikutlah cara sebaiknya untuk menyelesaikan," katanya.
Sebelum ini, kecoh apabila Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, atau dikenali sebagai Dai' Syed dilaporkan ditahan ditahan pada 27 November lalu bagi membantu siasatan kes salah laku seks.
Pada 10 Disember lalu, Dai' Syed berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, iaitu melakukan persetubuhan luar tabii dan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelajar wanita.
Dia turut berdepan pertuduhan merogol seorang wanita di Mahkamah Sesyen Shah Alam. (BH)
4 comments:
Umat Islam berjuang menegakkan Islam kerana Allah sahaja akan berjaya di dunia dan akhirat dengan izin Allah.
Puak penunggang agama seperti puak 'bala untuk seluruh alam' yang menjadi barua puak kafir harbi roket dll akan menjual agama untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia tetapi sesungguhnya Allah tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada penunggang agama. Sesungguhnya mereka adalah manusia yang sangat rugi di dunia dan akhirat.
Hurm..roket pandap roket pandap roket pandap..
Ulang 355 juta kali
Tambah lagi. Semburit 355 juta kali. Supaya putus alat semburit.
Makan bangkai ada logo halal. Permit import kpd syarikat muslim saja. Tangkap penjara pegawai yg terlibat terima sogok. Hukuman mati pegawai yg terima sogok bawa masuk pendatang asing. Rasuah zaman umno mesti dinoktahkan.
Undi politisyen yg bersih rasuah dan akhlaq.
Post a Comment