Parlimen Pmtg Pauh perlukan wakil rakyat yang komited
PERMATANG PAUH: Sudah sampai masanya Parlimen Permatang Pauh kembali dimandatkan kepada wakil rakyat yang komited terhadap penduduk, demikian kata Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hasan.
Menurutnya, penduduk memerlukan wakil rakyat yang bertanggungjawab dan bukan hanya pandai beretorik atau mewariskan kerusi bagi kaum keluarga atau pihak tertentu atas kepentingan peribadi semata.
Lebih mengecewakan ujarnya, parti mewakili kerusi tersebut ketika ini lebih sibuk dengan perebutan kuasa dan menyebabkan rakyat diabaikan di mana jelas ia adalah agenda peribadi, sedang rakyat bergelut dengan cabaran COVID-19.
Perkara tersebut dikemukakan beliau seusai program lawatan dan menyantuni masyarakat setempat yang diadakan bersama Umno Bahagian Permatang Pauh di Pasar Awam Seberang Jaya, di sini kelmarin.
Omar bersama dengan Ketua Umno Permatang Pauh, Dato’ Mohd Zaidi Mohd Said dan ahli jawatankuasa kedua-dua parti pada program ini telah menyampaikan mesej kesedaran norma baharu dan kit COVID-19 kepada pengunjung.
Sempena aktiviti rutin ini, mereka juga turut mencerap aduan dan keluhan warga penduduk, selain mengadakan ziarah mengunjungi golongan memerlukan dan menyampaikan sumbangan di Flat Jalan Tuna, di sini.
Tambah Omar lagi, PAS dan Umno sebagai Muafakat Nasional Permatang Pauh sentiasa cakna kebajikan penduduk yang turut diperlihatkan juga dari keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional didukungi kedua parti itu.
“Sesiapa sahaja yang diputuskan bertanding di DUN dalam Parlimen ini nanti, yang penting undi tuan puan kepada Muafakat Nasional,” ujarnya disokong Dato’ Mohd Zaidi yang turut senada. – HARAKAHDAILY 22/12/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Omar Hasan (YDP) Pmtg Pauh, dari sahabat lamamu Ibnu Hasyim (B/YDP Balik Pulau)
No comments:
Post a Comment