Thursday, December 24, 2020

Pemuda PAS bertemu penganjur Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020..


Dakwah di meja rundingan!

SEMALAM Pemuda PAS, diketuai oleh Ustaz Akram Ikrami, Lajnah Dakwah DPPM telah bertemu dengan penganjur Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 di Zenith Hotel Putrajaya bagi mendengar secara teliti daripada pihak penganjur berkenaan intipati program ini. 

Secara objektifnya pihak penganjur ingin mengambil inisiatif untuk memperkasa institusi wanita khususnya wanita yang bersaiz besar dan dizalimi di luar sana. 

DPPM telah mendengar dengan penuh teliti dan mengambil maklum berkenaan tujuan penganjuran program ini. DPPM menceritakan bahawa PAS melalui Dewan Muslimat PAS juga turut memperjuangkan hak-hak dan kedudukan Istimewa wanita seperti yang telah diperuntukkan di dalam Islam.

Melalui dialog pada hari ini DPPM menyampaikan beberapa saranan kepada pihak penganjur agar program tersebut tidak tergelincir daripada matlamat asalnya.

Nama program dan kaedah promosi program

Pada pendapat DPPM, poster dan nama program yang telah disiarkan kepada massa atau orang awam adalah tidak melambangkan matlamat asal program ini diadakan dan bertentangan dengan etika serta budaya rakyat Malaysia yang majoritinya adalah Islam.

Malah program dalam kategori Ratu Cantik pada hakikatnya telah difatwakan haram oleh Mufti Wilayah pada 8 Februrari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dan setiap Muslim yang menyalahi fatwa ini boleh diambil tindakan.

“Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik”.

Program ini mesti ditambahbaik dari sudut pelaksanaan dan penganjur mestilah merujuk kepada JAKIM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Menginsafi akan tujuan asal pihak penganjur di dalam program ini, kami mencadangkan agar pihak penganjur merujuk kepada JAKIM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bagi memastikan program ini dibangunkan dengan nilai-nilai Islam, mematuhi etika Islam dan selari dengan agenda kerajaan dalam usaha-usaha memperkasa wanita di Malaysia.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Puan Suraya Godwinson selaku Executive Co-coordinator program kerana sudi bertemu dan teruja untuk berdialog dengan kami. Ini adalah salah satu daripada bentuk usaha-usaha serta komitmen DPPM untuk menyampaikan Islam dan nilai-nilai keindahan hidup bersyariat kepada semua pihak di luar sana.

Kami berharap agar lebih ramai pihak-pihak di luar sana sudi untuk berdialog dan bertemu dengan DPPM agar negara kita dapat membangun dengan makmur dan sejahtera.

Sekian.

IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 23/12/2020

IHtv
IHtv
10 subscribers

12 comments:

Anonymous said...

Kahkahkah..setakat jumpa amik gambar pastu siap nk sokong la plk penganjur tu. Baik benti je la dr jd org.
Lembu2 ternakan pas yg bodoh melampau2 blh gi tgk fb penganjur tu. Baca komen penganjur psl puak lebai yg jumpa diorg.

Anonymous said...

Semenjak dua menjak ni... segala benda Jakim tak bagi nak ulas... pelik aaa... dulu bukan main Jakim kena hentam bagai... tapi semenjak PAS pun dah ada dalam Kerajaan... segala benda tak boleh nak ulas...
Pasai kes sujud sembah selain Allah Taala pun tak boleh ulas... Pasai daging haram dilabel halal pon xbole ulas... Adoilah... apa sudah jadi ni... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1741668152677587&id=100005032563860
Berlembut benar JAKIM semenjak dua menjak nih...
Apa la...
Walaun dan Macai?? itu semua dah masuk gua... atau dah kojol...
KOH KOH KOH…
Satu apa pon xbole guna... dulu bukan main kuat sentimen BMF la... sentimen Agama la... sentimen bangsa la... sentimen Arak la...
Sekarang semua telo sudah masuk ke dalam...
KOH KOH KOH… jilaker!!

Anonymous said...

tukar nama dari ratu cantik kepada ratu lawa.....

Anonymous said...

Apabila ada orang seperti presiden pkr yg Islam, tapi suka semburit, menyebabkan Islam jadi bahan ejekan. Apabila ada presiden pan yg Islam tapi sanggup terima nafkah haram dari dap, maka Islam jadi bahan ejekan. Bukan saja ejekan dari ahli dap, tapi ejekan juga datang dari akar umbi pkr dan pan.

Anonymous said...

Pas kalamkabut nak cari dalil halal Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020.

Anonymous said...

Tahniah walaun..cuba lg..biar lain kali cerdik skit..

Anonymous said...

Dalil dah ada. Cuma walaun dap kelam kabut nak faham sebab cermin dah kabur, hati dah gelap.

Unknown said...

Memang hati dah busuk macam tulah jawapan kau, kalau pas pi jumpa dan terus kata haram dan minta batalkan, kau akan kata pas tak berhikmah, tak pandai berdakwah...

Anonymous said...

Mana dalil? Nk tau jgk kitab mna ko ngaji?

Anonymous said...

Nak dalil pi tanya bang non. Dia ngajar tafsir hadis. Tapi hadis semburit dia tak jumpa.

Unknown said...

Hang ni reti baca tak, ada penulis (ketua pemuda pas) kata halal?

Tulah kalau bersama dan berketuakan kumpulan kaki fitnah, mmg menfitnah lah kerja kau sama

Anonymous said...

Bukan ajaran Islam menghentam sesama Islam. Bertegurlah dengan rational sesama kita agar bangsa beragama lain tidak nampak kita umpama tiada iman dan pedoman. Wakil Pemuda Pas telah menjalankan amanah dengan penuh diplomasi secara Islam yang sepatutnya. Jangan pula kita sampai mengeji sesama kita sedangkan sepatutnya adalah bersatu demi Agama Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails