Saturday, December 26, 2020

Laporan konvensyen PAN di Bukit Katil Melaka. -Dr Kamarul Zaman

 

PAN di ambang keruntuhan?

KESIAN rasanya kepada ahli dan pemimpin PAN yang dengan penuh semangat datang dari jauh ke Bayou Lagoon Convention Centre, Bukit Katil, Melaka, untuk berkonvensyen.

Pastilah mereka merasa teramat ‘down’ dan lemah semangat dengan pidato perasmian Konvensyen PAN Malaysia Kali Ke-5 oleh Presiden mereka, Mohamad Sabu, tadi.

Ini kerana bukannya ucapan penuh semangat seperti yang biasa mereka dengari daripada Presiden mereka yang mereka dapat dengar hari ini tetapi ia rupanya ucapan penuh kekecewaan.

Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan bahawa ‘sejujurnya kita sememang terasa kecewa kerana hilang kerajaan’ tanpa memberi keyakinan ia boleh dirampas balik?

Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan bahawa ‘sememang diakui PAN melalui pelbagai keberantakan dalaman sejak pemilihan pimpinan parti yang lalu’?

Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan mengenai kewujudan di dalam PAN ‘gejala-gejala ‘penyakit-penyakit hati’ dan ‘kelemahan organisasi’ yang menjadi lumrah mutakhir ini dengan fenomena ‘melompat serta khianat’ kepada perjuangan’?

Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan mengenai kewujudan di dalam Pakatan Harapan ‘bibit-bibit keretakan dan kelompongan yang sedang kita saksikan dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat, khasnya dalam menangani persoalan kepimpinan ketua negara’?

Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan bahawa ‘amat diakui bahawa amalan dan tradisi (yang telah membina tahap kepercayaan atau trust yang tinggi di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sejak sekian lamanya) sedikit terjejas sejak akhir-akhir ini’?

Dan tidakkah melemahkan semangat mendengar Presiden PAN menyebut beliau ‘bersedia menjadi jambatan penghubung biar pun dijadikan tempat berpijak’ demi untuk ‘menjalinkan satu grand realignment sebelum kita berjaya membentuk sekali lagi satu grand coalition’?

Takkanlah level Presiden PAN level tempat orang berpijak sahaja?

Mat Sabu pertikai tahap pendidikan MP-MP PN

Dalam pidato perasmian Konvensyen PAN Malaysia Kali Ke-5 tadi, Presiden PAN, Mohamad Sabu menyatakan kekesalan ke atas tindakan Tan Sri Muhyiddin meletakkan ‘Ahli-ahli Parlimen yang tiada kepakaran mahupun kesahihan tahap pendidikan tinggi’ untuk memimpin GLCs dan GLICs.

Ini, dakwa Mohamad Sabu, menyebabkan golongan profesional dan korporat yang kompeten yang telah dilantik semasa Kerajaan PH tersingkir.

Ini juga, kata beliau, adalah bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tanggungjawab dan amanah berdasarkan kepada keupayaan dan kelayakan.

Ramai yang mungkin boleh menerima jika yang bercakap mengenai keperluan melantik pemimpin yang ada kesahihan tahap pendidikan tinggi ini adalah individu yang ada ijazah PhD atau ijazah Master.

Tapi bila yang bercakap itu sendiri ijazah Bachelor pun tidak ada, atau lebih teruk lagi, pemimpin tinggi partinya sendiri ijazah Diploma pun tidak ada, maka kita boleh ketawa sajalah.

Masa sama, elok juga jika Mohamad Sabu keluarkan bukti siapakah Ahli-ahli Parlimen yang tiada kepakaran mahupun kesahihan tahap pendidikan tinggi yang kononnya diletakkan untuk memimpin GLCs dan GLICs ini.

Apa yang kita tahu ialah dakwaan bahawa GLCs dan GLICs semasa Kerajaan PH adalah dipimpin oleh golongan profesional dan korporat yang kompeten adalah satu temberang kosong.

Umum mengetahui bahawa ramai individu yang dilantik mengetuai GLCs dan GLICs semasa Kerajaan PH adalah daripada kalangan ahli-ahli politik, termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau calon-calon PRU yang kalah, dan bukannya golongan profesional dan korporat yang kompeten. Perkara ini malah pernah diakui oleh pimpinan Pakatan Harapan sendiri, termasuk oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen. Fakta dan statistik ke laut lagi nampaknya PAN ini.

Ke mana hilangnya ahli-ahli baru PAN?

Presiden PAN, Mohamad Sabu, mengumumkan di Konvensyen PAN Terengganu pada 9 November 2018 bahawa bilangan ahli PAN waktu itu adalah ‘lebih 100,000’.

Beliau juga mengumumkan bahawa bilangan ahli PAN waktu itu bertambah ‘10,000’ sebulan. Jarak masa antara 9 November 2018 ke 26 Disember 2020 adalah kira-kira 2 tahun atau 24 bulan.

Jika benar bilangan ahli PAN bertambah ‘10,000’ sebulan maka bilangan ahli PAN pada 26 Disember 2020 sepatutnya adalah gabungan ‘lebih 100,000’ ahli sedia ada ditambah ‘240,000’ ahli baru.

Peliknya, Setiausaha Agung PAN, Datuk Wira Dr Hatta Ramli, mengumumkan di Konvensyen PAN Nasional Kali Ke-5 hari ini bahawa bilangan terkini ahli PAN hanya ‘lebih 150,000’.

Mengapa bilangan terkini ahli PAN bukan ‘lebih 340,000’ tetapi hanya ‘lebih 150,000’ dan ke mana hilangnya ‘190,000’ ahli baru PAN yang didakwa bertambah ‘10,000’ sebulan itu? Ajaib sungguh matematik PAN ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 26/12/2020

IHtv
IHtv
10 subscribers

11 comments:

Anonymous said...

Daging kartel ni kroni sapa punya kijra... dah 40 tahun... 22 tahun 22 bulan kroni atok kaya raya, belen lagi kroni PM lain...

Terhegeh hegeh SPRM jer buat kerja... muskil kann kannn..!! Wawasan 2020 last minggu ni... kita dapat apa dng wawasan 2020 ni sebenarnya..!?

Anonymous said...

Bila Penganalisis PAS memulakan tulisan dengan meremehkan parti AMANAH, itulah tanda pertama AMANAH Makin kuat. AMANAH parti yang dikata oleh Nik Amar mati semasa janin, AMANAH Juga dikata parti Nyamuk oleh Haji Hadi.. rupanya Nyamuk ini mengganggu tidur PAS.. hinggakan PAS mengigau menjadi kerajaan secara tebuk atap.. mengigau adalah kelakuan semasa tidur, kelakuan semasa tidur adalah tidak dah.. hatta kalau bersetubuh dengan perempuan yang Tak dikahwini pun tidak berdosa.. itulah kerana igauan ngeri PAS pada amanahlah PAS bersekongkol dengan pengkhianat membentuk kerajaan tebuk atap..

Anonymous said...

Inilah tahap pensyarah universiti...tulisan penuh benci dan dendam. Khabarnya ahli tegar parti syurga....tapi akhlak penulisan hitam.

Petik lagi banyak2 tulisan beliau mana tau dapat syer ke syurga nanti.

Anonymous said...

Soalan:

Mengapa kepala bapak syiah bodoh berlapis-lapis dilantik menjadi ketua parti PANdir ?

Jawapan:

Supaya kepala bapak kafir harbi roket boleh menunggang puak PANdir (termasuk ular-mak PANdir) untuk melemahkan Islam dan melaga-lagakan memecah-belahkan umat Islam supaya umat Islam menjadi sangat lemah dan puak kafir harbi roket boleh memerintah negara untuk menghina Islam dan menindas imat Islam dan kencing rakyat hingga hancing. Puak bodoh memjadi khadam puak kafir harbi.

Maka logo 'bala untuk seluruh alam' adalah sangat untuk puak munafiqun PANdir yang menjadi kuli sifu roket tak basuh berak. Kuli dari dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hancing oleh Pakatan Hancing pimpinan sifu kafir harbi roket tak basuh berak.

Anonymous said...

Sepatutnya puak RBA cermin muka sendiri dahulu sebelum menfitnah pensyarah universiti yang berani mendedahkan kebenaran ternakan. Maka confirm lah puak RBA benci kebenaran.

Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hancing oleh Pakatan Hancing pimpinan sifu kafir harbi roket tak basuh berak.

Anonymous said...

Bule la modal maki. Lps ni biar la cerdik skit. Gi mkn kismis minda byk2..

Anonymous said...

Dr. kangkong.
Menjalar menongkak langit.
Akar(L) dalam longkang.

Anonymous said...

Tu dia prof kangkong yg terkena badi jelingan tun madey. Asal berita psl PH je, dia yg meroyan dlu.

Anonymous said...

Parti belaan DAP ni tidak akan betahan lama, lepas PRU15 nanti pasti akan berkubur?

Anonymous said...

Pensyarah inilah yang terkucil mulut bila syok2 hentam Tun M.. tiba2 Tun M muncul.. tragedi satu forum sebelum PRU 14

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails