Friday, December 06, 2019

Domoi 'babi'? Logo Bulan Sukan Negara..

Logo Bulan Sukan Negara menyerupai haiwan tertentu?
KL: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bangkit meminta penjelasan Menteri Belia dan Sukan (KBS) berikutan tersebarnya logo Bulan Sukan Negara (BSN) menjadi bahan sindiran warganet apabila menyerupai haiwan tertentu.
“Saya bersetuju apabila kementerian mempaternkan logo Bulan Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan, dalam masa yang sama apabila melihat dalam internet pada hari ini telah tersebar logo tersebut telah menjadi bahan sindiran tidak dinafikan secara cute dan comelnya menyerupai haiwan tertentu.
“Oleh itu, saya ingin tahu apakah proses kementerian dalam mengeluarkan satu-satu logo dan adakah ada sesi libat urus contohnya dari segi pertandingan dan sebagainya?” soalnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut meminta Menteri menjelaskan mekanisme yang digunakan untuk mengawal selia penggunaan logo KBS supaya tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Beliau berkata sedemikian ketika bangkit meminta penjelasan Menteri pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, logo Bulan Sukan Negara dilakukan melalui ‘in house‘ di kementerian itu melalui pegawai dan Unit Komunikasi Korporat sedia ada.
Katanya, pihak kementerian telah menetapkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk penggunaan logo di bawah KBS yang perlu dipatuhi oleh pihak yang ingin bekerjasama dengan kementerian itu supaya tidak disalahgunakan.
Hal ini supaya tidak berlaku salah anggap khususnya kepada masyarakat di negara ini melibatkan kementerian itu.
Sebelum ini, perkongsian logo Bulan Sukan Negara (BSN) di akaun facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mendapat perhatian ramai netizen apabila reka bentuknya dikatakan menyerupai hidung ‘khinzir’.
Susulan itu, rata-rata netizen mula mempersoalkan pemilihan logo baru berkenaan yang dikatakan tidak sensitif dan seharusnya diperbaiki supaya tidak menimbulkan fitnah. – HARAKAHDAILY 4/12/2019
Netizen Kecam Logo Bulan Sukan Negara Mirip Hidung Babi.
Perkongsian logo Bulan Sukan Negara (BSN) di akaun facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak semalam mendapat perhatian ramai netizen apabila reka bentuknya dikatakan menyerupai hidung ‘khinzir’.
Malah, dakwaan itu turut dihangatkan apabila logo tersebut diterbalikkan ke bahagian bawah daripada logo asal yang dimuat naik di laman sosial.
Susulan itu, rata-rata netizen mula mempersoalkan pemilihan logo baru berkenaan yang dikatakan tidak sensitif dan seharusnya diperbaiki supaya tidak menimbulkan fitnah sebelum perlaksanaan BSN pada bulan Oktober ini.

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia baru dah jemu dengan bulan sabit dan bintang. Lalu malaysia baru mahu yg baru iaitu hidung babi. Babi ni binatang celaka. Orang yg gemar daging babi pun tak suka digelar babi atau perangai seperti babi. Double munafiq. Jadi apa peranan menteri sukan yg kononnya melayu dan islam. Cina yg kafir pun tak suka gelaran babi, yg menteri dok bangga sampai hidung babi pun jadi logo. Hancur malaysia bawah ph yg bertuankan penggemar daging babi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails