Saturday, December 07, 2019

Ganggu Tempat Ibadat Agama Lain, Satu Dosa. -AP K/T'ganu.



Ahmad Amzad (duduk tengah) ketika berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini.
Siasat Gereja Disimbah Cat - Ahmad Amzad


KUALA LUMPUR, 6 Disember – Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan sebuah gereja di Pulau Pinang disimbah cat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukum jika dibuktikan bersalah.

“Kami (orang Islam) tidak mengamalkan vandalisme dan pihak berkuasa harap mengambil tindakan yang serius terhadap perkara ini.

“Kita mesti bekerjasama untuk memulihkan perpaduan dan keharmonian hidup dengan menghormati satu sama lain,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat berkait dengan perbuatan itu dari berita di terbitkan di sebuah akhbar hari ini sambil menyifatkannya sebagai  satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.

“Saya tidak tahu kejadian ini (siapa yang melakukannya) dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak ada Muslim yang dibenarkan mengganggu tempat ibadat agama lain. Ia adalah satu dosa dalam Islam untuk melakukan perbuatan itu,” tegasnya.

Katanya begtu juga penghinaan terhadap agama lain dengan apa cara sekali pun.

Menurut beliau, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan manakala agama-agama lain dibenarkan menjadi amalan di seluruh persekutuan. (Teganukita)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu indahnya Islam, bagi mereka yang mahu mengerti..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails