Saturday, December 07, 2019

Rusuhan '‘terancang pihak tertentu'. Di Kongres AMK PKR, 2 Ditahan.


Kekecohan pada Kongres AMK PKR 2019 di MITC Ayer Keroh, hari ini. - NSTP/Rasul Azli Samad

Insiden rusuhan pada Kongres AMK PKR 2019: Polis tahan 2 lelaki
AYER KEROH: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit insiden rusuhan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata dua individu terbabit yang juga ahli parti dari ibu negara dan Klang, Selangor, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.
“Setakat ini, pihak polis menahan dua individu bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana terbabit insiden rusuhan sehingga menyebabkan dua individu cedera.
“Antara kecederaan dua individu berkenaan ialah luka dan pendarahan di bahagian dahi, mulut serta kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, tiga laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ayer Keroh, termasuk satu oleh bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor.
Terdahulu, BH melaporkan insiden kekecohan itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang Mizan Adli daripada memasuki dewan persidangan, pagi tadi.
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham, kemudian dilaporkan mendakwa insiden rusuhan itu adalah ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.
Tanpa mendedahkan mana-mana pihak yang disyaki terbabit, beliau mendakwa, ia diperkuat dengan kehadiran ‘kumpulan baju hitam’ yang dilihat sengaja melakukan sabotaj dan kekecohan.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam reaksinya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.
Menyifatkan tindakan pelaku kekecohan itu sebagai biadab, Anwar turut menggesa Lembaga Disiplin PKR memecat individu bertanggungjawab dalam insiden berkenaan. (BH)
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

1 comment:

Anonymous said...

Presiden kena selesaikan kemelut yg berlaku. Caranya ialah berundur. Takkan nak paksa ahli taat kepada yg kuat semburit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails