Thursday, December 05, 2019

4 Perkara PH Kuasa Tentukan Pesalah Rasuah?


Sejak Bila Parti Politik Di Beri Kuasa Untuk Tentukan Hukuman Pesalah Rasuah?

Timbalan Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kata dah selesai... Apa yang dah selesai?

Pertama:
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pegawai SPRM yang dikatakan telah tersilap hantar surat kepada Pengerusi Disiplin PKR (BACA DI SINI)...

Adalah satu yang sangat-sangat tidak munasabah, SPRM sebagai satu badan profesional boleh melakukan kesilapan begitu...

Kalau bukan kesilapan ianya pasti satu tindakan yang disengajakan!!!

Kedua:

Apa tujuan SPRM hantar surat tersebut?Di mana integriti dan ketegasan SPRM?

Sejak bila dan undang-undang mana yang SPRM gunakan untuk menyerahkan tindakan selanjutnya kepada parti politik setelah suspek didapati melakukan kesalahan?

Apakah SPRM hendak memberitahu rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa undang-undang anti rasuah di negara ini hanya akan terpakai dan sah dikuatkuasakan sekiranya pelaku adalah golongan rakyat biasa atau ahli politik pembangkang sahaja dan sekiranya ia dilakukan oleh ahli politik kerajaan, maka ianya adalah dianggap 'makruh'?

Apakah SPRM sudah menjadi alat kepada parti politik yang memerintah?
Apakah maklumat SPRM boleh dibeli?

Ketiga:

Keempat:

Dimanakah maruah dan integriti SPRM bila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, mendedahkan kandungan surat SPRM itu? (BACA DI SINI)...

Amat memeranjatkan kerana RM300,000 yang difaraidkan itu datangnya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan!!!

Kalau Zakaria didapati bersalah, mestilah Zuraida, Menteri KPKT juga bersalah!!!

Apakah kementerian itu bersubahat menggunakan dana rakyat untuk pemilihan parti?

Oleh itu tolong SPRM ye, kes ini belum selesai...

Jangan nanti intergriti SPRM juga jadi abu, sama seperti abu mayat Chin Peng yang dicampakkan ke laut dan kaki gunung!!!

Dari tulisan asal :
Mohd. Puad Zakarshi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails