Friday, December 06, 2019

Kalau Takut Ceramah&Kuliah PAS, Gantikan Ini. Rasmi!


Sekarang Dah Boleh Layan Kuliah Rasmi Mufti Wilayah Di Spotify

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sering kali berkongsi pendapat berkenaan isu-isu agama di lama sosial. Beliau memberi ilmu dan nasihat yang sangat berguna untuk dikongsikan kepada semua umat Islam.
Terbaru, Mufti Wilayah telah menyatakan bahawa beliau kini telah memuaat naik audio kuliah rasmi beliau di aplikasi Spotify. Hal ini dapat membantu umat Islam untuk mendengar ceramah agama di mana sahaja mereka berada. Sangat bermanfaat!

Bukan lagi aplikasi yang melalaikan

Spotify sering dikaitkan sebagai aplikasi yang melalaikan kerana menyediakan lagu-lagu yang tidak bermanfaat. Ada juga dakwaan bahawa aplikasi ini boleh mendatangkan maksiat. Namun, dengan inisiatif Mufti Wilayah, aplikasi ini boleh memberi manfaat kepada ummah.

Bantu tambah ilmu agama

Antara koleksi audio kuliah rasmi yang terdapat dalam aplikasi ini ialah nasihat buat penuntut ilmu, fitnah dajjal dan akhir zaman, cintakan masjid dan macam-macam lagi. Segala audio kuliah rasmi dari beliau sungguh bermanfaat. 30 minit durasi ceramah beliau tidak terasa lamanya.
Korang boleh muat turun aplikasi Spotify di PlayStore dan Apps Store. Bagi yang nak follow terus senarai audio kuliah rasmi Mufti Wilayah boleh klik di sini https://spoti.fi/2QWgUBQ
(ohbulan.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails