Thursday, October 10, 2019

Exco DAP Melaka, Terlibat Pengganas LTTE? Kini Ditahan.

Hasil carian imej untuk Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan.
AYER KEROH: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Perkara berkenaan disahkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

“Memang ada maklumat, seorang Exco kita ditahan pihak Bukit Aman pagi ini. Bagaimanapun, secara dasar, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Saya yakin Yang Berhormat (Exco) itu akan memberikan kerjasama penuh dan saya juga akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan,” katanya.


Adly berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Difahamkan, ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.


Adly bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk punca tangkapan.

LTTE merupakan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara. (AA)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com 
November 3, 2009
Maradana, Colombo, Sri Lanka.


E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka

Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan.. Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

3 comments:

Anonymous said...

Yg bawa misi komunis pun elok tangkap sama. Ini Malaysia, bukan LTTE @ Komunis.

Anonymous said...

Ini adalah simpton sebelum berlaku masalah yg lebih besar. Simpton kena diselesaikan jika tidak menjadi parah. Sama macam canser. Ada simpton. Jika dibiarkan jadi barah dan bawa maut.

Anonymous said...

Mereka bergerak melalui parti. Parti adalah organisasi yg sah. Tapi misi ltte dan komunis adalah salah. Jadi ahli kepada pertubuhan ganas ini tidak boleh menjadikan parti politik dalam negara sebagai wadah menyebarkan dakyah pengganas. Kenal pasti orang ini dan sesuai dilucut kerakyatan keran berpotensi memudaratkan rakyat lain terutama orang melayu dan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails