Wednesday, September 04, 2019

PAS/UMNO =Aus/Khazraj. Kembalilah 'Asyhadu anlailahaillallah'.



Berpadu teguh kekuatan, waspada unsur perbalahan
KUALA KRAU: Sirah perancangan licik kaum Yahudi melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan cara mengungkit kisah lama kedua pihak harus menjadi iktibar kepada umat di Malaysia hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli PAS dan Umno supaya tidak berkelakuan sama dengan mengungkit semua kisah masa lampau kedua pihak.
Kerana jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, umat pada masa ini mempunyai misi penyatuan di mana amat penting membina kekuatan dan dihindari segala unsur yang boleh menyebabkan perbalahan.
"Yang mengikat kita ialah 'Asyhadu anlailahaillallah'. Yang mengikat kita ialah 'Allahu Akbar'!" ujar beliau di hadapan sekitar 5,000 hadirin Jelajah Penyatuan Ummah di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau, di sini semalam.
Oleh itu tegas beliau, penyatuan tersebut bukan semata-mata agenda pilihan raya, tetapi demi kepentingan Islam dan umat serta kebaikan negara keseluruhannya, di mana perpaduan itu dianjurkan Rasulullah.
Himpunan itu turut menampilkan penceramah iaitu Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Pengerusi Umno Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, Dato' Seri Jamil Khir pula melahirkan rasa kesal apabila tentera yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara dihina oleh pihak-pihak tertentu tanpa sebarang asas.
Pengerusi Umno Kedah itu mengimbau penglibatannya selama 24 tahun dalam angkatan tentera di mana tidak hanya tidur sahaja seperti yang dikatakan oleh seorang jutawan pro-PH.
Sebaliknya cerita beliau, pelbagai pengalaman dilalui sepanjang berkhidmat dari pangkat Kapten hinggalah dinobatkan sebagai Mejar Jeneral di mana pernah juga menangani kes besar termasuk Al-Maunah.
Malah tidak dilupakannya apabila hampir ditembak ketika solat sewaktu bertugas sebagai Pengaman di Somalia selama 9 bulan, selain turut terlibat dalam proses membebaskan kapal Malaysia yang ditahan lanun.
Ustaz Rosli pula dalam ucapannya mengingatkan penyokong PAS dan Umno untuk mengikat hubungan dengan kesatuan hati agar pertautan agenda penyatuan ummah ini benar-benar menjadi kenyataan.
"Yang mengikat kita ialah takwa dengan erti kata mentaati perintah Allah S.W.T," serunya dalam ceramah yang dipengerusikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad itu.
Kehadiran pimpinan PAS Pahang dibarisi Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Andansura Rabu, Hasenan Harun dan Yuhanis Ahmad, serta Setiausaha, Hasanuddin Salim dan Bendahari, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim serta Ketua Penerangan, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya.
Manakala pimpinan Umno dibarisi Ketua Penerangan Umno Malaysia, Dato' Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Pengerusi Umno Pahang, Dato' Hasan Arifin serta Setiuasaha Umno Pahang, Dato' Sri Abd Hamid Nazahar.
Juga hadir adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Dato' Ismail Mohd Said dan bekas Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakub. - HARAKAHDAILY 4/9/2019


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

2 comments:

Anonymous said...

Pee H pimpinan l im to kong sedang ketakutan dan meroyan histeria kerana kerjasama antara parti Islam dan parti Melayu yang disokong oleh umat Islam boleh menumbangkan Pee H dalam PRU yang akan datang.

Maka kita tidak terkejut melihat l im to kong dan khadam munafik liberalnya menyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan kerjasama antara umat Islam tersebut.

Fitnah ciptaan l im to kong dan khadamnya gagal memusnahkan kerjasama tersebut kerana umat Islam telah sedar selama ini mereka telah dikencing oleh l im to kong dan barua dan khadamnya.

Anonymous said...

Guan Eng sebaiknya pulang ke negara kelahiran bapanya. Terlalu banyak onar yang dibuatnya di negara ini. Pelabur luar pun tak berminat melabur di negara ini. Guan Eng menyemai kebencian rakyat kepada melayu dan Islam. Menuduh melayu rasis ada satu lebel yang celupar dan jahat. Kenyataan sedemikian beri gambaran pengucapnya adalah berakhlaq seperti pengucapannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails