Wednesday, September 18, 2019

Apa Nak Hairan 1,430 Pusat Red Bean Army Ditubuhkan..


1,430 buah pusat Red Bean Army cybertoopers ditubuhkan oleh kerajaan

SEBANYAK 1,430 buah Komuniti Harapan Malaysia (KHM) ditubuhkan di seluruh negara bagi menyampaikan maklumat daripada kerajaan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata bantuan rakyat amat penting dalam memainkan peranan sebagai rakan strategik melalui platform yang disediakan Jabatan Penerangan Malaysia itu.


“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 184 buah telah ditubuhkan di Sarawak setakat 23 Ogos 2019,” katanya semasa berucap pada Program Merdeka@Komuniti 2019 di Kampung Semeba, Batu Kitang hari ini.
Beliau yakin KHM dapat memikul tanggungjawab dan penghayatan orang awam terhadap dasar-dasar kerajaan di samping memperkasakan jaringan komunikasi serta kerjasama antara rakyat pelbagai kaum.
“Tanggungjawab ahli jawatankuasa KHM yang telah dilantik adalah besar kerana mereka merupakan tangan, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan keluh-kesah rakyat selain membantu segala inisiatif kerajaan sampai kepada sasaran,” katanya.
Program hari ini merupakan antara usaha kerajaan untuk menjalin ikatan kerjasama antara pemimpin dan masyarakat setempat sebagai rakan strategik dalam usaha membangunkan negara.
Hadir sama Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman.
Sementara itu, Chong meminta rakyat supaya memberi ruang dan menyokong kerajaan dalam usahanya memastikan pentadbiran negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.
“Sempena tema Hari Malaysia ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadikan Malaysia lebih baik dengan tadbir urus yang efisen dan lebih telus,” katanya pada program itu.
Sumber: Malaysia-Today
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan sahaja Nabi Musa AS bersiasah melepaskan diri dari Firaun itu saja susah, bahkan Firaun yang mengejar Nabi Musa AS itu lebih susah lagi.. 
Apa lagi perjuangan Nabi Musa itu adalah perjuangan membela kebenaran yang dituntut oleh Islam, sedangkan perjuangan Firaun itu adalah perjuangan mungkar yang ditentang oleh Islam. 
Jadi apa nak hairan dengan '1,430 buah pusat Red Bean Army' atau 'kacang merah DAP' itu.. Apa lagi bila Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada 
perjuangan menegakkan agamaNya. Insya Allah!

Video:

DAP Parti Paling Rasis

  • 1 year ago
  • 8,155 views
DAP Parti Paling Rasis.



Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

1 comment:

Anonymous said...

Maka terbuktilah Pakatan Hancing berada dalam keadaan terdesak sekarang setelah Pakatan Hancing kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, putar belit dan u-turn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails