Tuesday, August 27, 2019

K'jaan PAS Tunai Janji, 'Tanah terkilan'

 
Tanah terkilan: Kerajaan PAS Terengganu tunai janji

SETIU: Kerajaan Terengganu yang ditadbir oleh PAS kini satu persatu berjaya menunaikan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, terutama dalam isu peserta tanah terkilan di seluruh negeri.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, manifesto adalah janji kerajaan kepada rakyat dan bukan suatu perkara yang menjadi mainan.
Katanya, secara keseluruhan jumlah yang terkilan itu seramai 12,946 orang seluruh negeri dari tahun 1999 hingga 2004.
Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 27 peratus adalah di daerah Setiu yang merupakan jumlah terbesar berbanding daerah-daerah lain di negeri ini.
“Pada hari ini penyerahan borang Jadual 5A melibatkan seramai 503 orang penerimanya. Ini merupakan sebahagian daripada peserta terkilan yang telah selesai sehingga proses borang 5A.
“Kita buat seluruh negeri Terengganu, tinggal lagi proses untuk keluar borang (Jadual) 5A dan selepas itu kita hendak bahagi pula kepada semua peserta yang ‘terkilan’ ini memakan masa daripada Besut sampai ke Kemaman,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Borang (Jadual) 5A Peringkat Daerah Setiu, di Dewan Sungai Tarom, Permaisuri, Setiu, hari ini.
Pada majlis itu, Menteri Besar Terengganu turut mengumumkan peserta terkilan hanya perlu membayar premium tanah sebanyak 10 peratus pada harga asal tahun 1999 hingga 2004.
“Sebagai satu contohnya, di kawasan Sungai Toman. Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, jika dahulunya nilaian tanah di situ pada kadar RM6,300 satu lot pada tahun 1999-2004, tetapi sekarang kadar (harga) semasa ialah RM28,000 satu lot.
“Namun premium sebenar yang perlu dijelaskan oleh peserta terkilan ini hanya 10 peratus daripada nilaian lot lama, dan ini merupakan penjimatan yang amat besar diterima oleh rakyat berbanding nilaian semasa.
“Kita faham bagaimana rakyat perlu kepada tanah dan tentunya perlu kepada rumah. Kita hendak beri belaka kepada rakyat Terengganu yang cukup syarat. Tetapi, cara pembahagiannya memakan masa dan kita buat setakat mana sempat dalam tempoh setahun ini,” jelasnya di hadapan 2,000 hadirin.
Dr Samsuri turut mengumumkan lanjutan tempoh permohonan tanah peserta terkilan itu hingga tarikh berakhir 31 Disember 2019.
“Saya ada satu pengumuman penting yang hendak saya sampaikan kepada tuan-tuan dan seluruh rakyat negeri Terengganu.
“Jumlah pemohon terkilan seramai 12,946 orang sehingga Ogos 2019. Penyelesaian yang dapat direkodkan oleh PTG (Pejabat Tanah Galian) berjumlah 6,178 orang pemohon iaitu 48 peratus daripada jumlah keseluruhan bilangan lot orang yang terkilan.
“Tempoh permohonan bagi peserta terkilan yang asalnya akan tamat pada 29 Ogos 2019 ini, sedangkan kita ada lebih 6,000 lagi yang belum diselesaikan. Saya ingin mengumumkan dan kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan sehingga 31 Disember 2019.
“Daripada jumlah 12,946 itu hanya separuh telah selesai dan kita buat berperingkat-peringkat. Ini keutamaan kita dahulu (yang terkilan) dan jika selesai baharulah kita fokus kepada rakyat yang tidak ada tanah untuk lot tapak rumah dan lot pertanian,” tegasnya.
Menurutnya, setelah mendapat borang Jadual 5A ini dan selesai pembayaran peserta akan diberikan terus geran tanah masing-masing.
Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pegawai Kewangan Kerajaan Terengganu, Dato’ Zainal Abidin Hussin, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim serta Penyelaras-penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit. – HARAKAHDAILY 26/8/2019


Lihat..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim


Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

1 comment:

Anonymous said...


Viva PAS, Viva Forever !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails