Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd. Noor berkata, sebarang pelaksanaan yang dirancang kerajaan mesti bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang awam dalam urusan pengangkutan.
Di samping itu, katanya, rancangan itu juga membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak muda yang memerlukan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.
"Islam menggalakkan apa juga pekerjaan yang halal dan menganggapnya sebagai amalan yang mulia, asalkan tidak disalahgunakan untuk matlamat yang menyeleweng.
"Ini lebih baik daripada menganggur apatah lagi mengemis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.
Menurut beliau, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah. - UTUSAN ONLINE