Monday, August 26, 2019

Tidak Boleh Layan Lynas Seperti Paria. Oh, Cantiknya Bahasa PM..

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE


KL 26 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) tidak boleh dilayan seperti kasta rendah atau ‘paria’ dan diarahkan memberhentikan operasi di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan tiada negara lain berminat untuk melakukan pelaburan di negara ini.
Jelas beliau, keadaan itu sekali gus merugikan negara kerana nilai pelaburan Lynas di negara ini mencecah RM1.7 bilion dengan menawarkan 700 peluang pekerjaan berkualiti tinggi serta berpendapatan lumayan.
“Kita telah menghantar golongan pakar untuk mengenal pasti sama ada sisa tersebut bahaya atau tidak dan mereka mendapati sisa itu tidak bahaya.
“Walau bagaimanapun, mereka yang membantah Lynas masih mahu menghapuskan Lynas. Ini merupakan pelaburan besar RM1.7 bilion, menawarkan 700 peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi.
“Tapi kita melayan mereka seperti ‘paria’ dan menyuruh mereka keluar daripada negara ini. Tindakan ini akan menyebabkan tidak ada lagi negara lain berminat untuk melabur ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Paria'. Oh, cantiknya bahasa PM. Tidakkah itu menghina bangsa India? Kerana keturunan India di Malaysia bukan semuanya dari keturunan kasta terbaik..

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails