Saturday, August 31, 2019

Roti Canai 'Merdeka' Percuma Di Kedai Abang Leh.



KANGAR 31 Ogos - Setiap orang mempunyai cara dan penghayatan tersendiri dalam menyambut hari kemerdekaan negara.
Bagi seorang peniaga, Khairul Othman, 40, sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 ini, dia mengambil inisiatif menyediakan roti canai percuma kepada orang ramai yang datang ke kedainya di Sempering, Repoh, di sini, hari ini.
Seawal pukul 7 pagi, Kedai Roti Canai Abang Leh milik Khairul yang mula dibuka sejak lebih sebulan lalu, mula dikunjungi orang ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai jenis roti canai yang disediakan itu.
Khairul memberitahu, lebih 400 biji roti canai habis hanya dalam tempoh empat jam selain dia juga menyediakan nasi lemak secara percuma kepada para pelanggan yang datang hari ini.
Bapa kepada empat orang anak itu berkata, dia mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma itu bersempena dengan sambutan kemerdekaan selain ingin mempromosikan kedai tersebut
"Orang ramai yang datang boleh minta berapa sahaja roti canai dan kita akan sediakan kepada mereka secara percuma termasuk minuman. Alhamdulilah, sambutan sangat menggalakkan.
"Hanya dalam tempoh beberapa jam sehingga pukul 11 pagi ini, lebih 400 biji roti canai habis. Alhamdulilah, inisiatif yang saya ambil ini mendapat sambutan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019, peniaga tersebut juga berharap agar negara sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai.
Malah katanya, dia juga berharap agar hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini sentiasa baik.
Sementara itu, seorang pelanggan, Faridon Haris, 51, berkata, dia tidak melepaskan peluang mengunjungi kedai berkenaan yang menyediakan roti canai percuma sempena sambutan kemerdekaan ini.- UTUSAN ONLINE


Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails