Tuesday, August 27, 2019

Bowling Wanita Di Ole-ole Super Bowl, Kelmarin..


SUKAN
Aksi Muslimat-Wanita Pmtg Pauh di arena bowling
BUKIT MERTAJAM: Dewan Muslimat PAS Kawasan dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian bagi Parlimen Permatang Pauh telah menganjurkan Bowling Persahabatan yang dilangsungkan di Ole-ole Super Bowl, Mydin Mall, di sini kelmarin.
Perasmian aktiviti julung kali ini telah dirasmikan Naib Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaie Dato' Ir A Rashid yang sekali gus memberi sokongan padu kepada agenda kerjasama dua entiti PAS dan Umno ini.
Malah, sokongan padu ahli-ahli dari kedua parti ini meliputi juga penyertaan dari peringkat akar umbi Cawangan hingga dapat membentuk 18 kumpulan yang berentap merebut kemenangan disebalik jalinan persahabatan itu.
Menarik juga, setiap pasukan menggandingkan peserta Hijau dan Merah yang berpadu tenaga dan kemahiran untuk bersaing membuat balingan menggegarkan arena pertandingan tersebut.
Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh, Ustazah Norhapiza Saad berharap program tersebut menjadi batu loncatan untuk Muslimat dan Wanita terus istiqamah menjayakan ta'awun untuk memartabatkan dan mempertahankan Islam di negara ini.
Penyampaian trofi dan cenderamata telah disempurnakan Ketua Umno Permatang Pauh, Dato' Mohd Zaidi Zakaria diiringi Ketua Wanita Umno Permatang Pauh Rosni Salleh dan Pengerusi Lajnah Kesenian dan Rekreasi Muslimat PAS Permatang Pauh, Rafidah Abdul Razak. - HARAKAHDAILY 26/8/2019

Lihat..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim


Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails