Sunday, February 03, 2019

Tak Kisah Artikel Sarawak Report Tak Diturunkan. - T/Presiden PAS

Pas tak kisah artikel Sarawak Report tak diturunkan
Tuan Ibrahim artikel berkenaan tidak akan mendatangkan kesan terhadap perjuangan Pas kerana sudah terbukti bahawa tuduhan itu bersifat fitnah semata-mata. - Gambar fail/BERNAMA

SHAH ALAMPas menegaskan parti itu tidak berdepan masalah walaupun artikel Sarawak Report berhubung penerimaan dana RM90 juta tidak diturunkan daripada portal berkenaan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana setelah bertahun-tahun berita itu disebarkan, blok pembangkang yang kini merupakan kerajaan gagal memberikan sebarang bukti Pas menerima dana tersebut.

Oleh itu katanya, artikel berkenaan tidak akan mendatangkan kesan terhadap perjuangan Pas kerana sudah terbukti bahawa tuduhan itu bersifat fitnah semata-mata.

“Turun (artikel) atau tidak pun, orang ramai dah baca. Sudah bertahun-tahun berita itu. Tidak ada kesan kerana semua orang sudah tahu. Bagi kita ia memang bohong dan fitnah.

“Di peringkat Parlimen juga kita minta bukti daripada DAP tetapi sehingga ke hari ini tiada dokumen yang menyokong tuduhan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kenyataan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang tidak menurunkan artikel berkenaan walaupun kes diselesaikan di luar mahkamah.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap Clare di luar mahkamah dan Clare turut menarik balik Tuntutan Balas terhadap Ahli Parlimen Marang itu.

Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian tersebut.

Ditanya mengenai mengapa tidak diteruskan saman berkenaan kerana ia merupakan langkah terbaik untuk membersihkan nama Pas, Tuan Ibrahim menegaskan, laporan itu sudah terbukti fitnah dan andai diteruskan ia akan melibatkan kos yang tinggi.

“Saya difahamkan mereka sudah mendapat persetujuan bersama. Bagi parti, kita sambut baik keputusan Presiden. Kalau diteruskan, kos akan makan berjuta-juta. Baik kita manfaatkan kos itu kepada benda yang lebih baik.

“Lagipun, kalau kita lihat keputusan PRU14 dahulu, Kelantan kita kekal dan kita dapat Terengganu. Ia membuktikan bahawa berita fitnah itu tidak mempengaruhi pengundi,” katanya. (SH)

3 comments:

Anonymous said...

Dap tak marah ke? Babi tu makanan favourite dap.

Anonymous said...

Tindakan yang bagus. Bahan bukti tidak satu pun diterima mahkamah britain. Itu pun sudah mencukupi. Rakyat cuma nak tahu itu je. Pas jangan bazir duit lagi. Fokus pada

PENYATUAN UMMAH
KERAJAAN BUMIPUTRA
TANAH MELAYU

Anonymous said...

Demi islam wajib kita bersatu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails