Wednesday, February 06, 2019

Saman S/Report: PDRM, SPRM Patut Mula Siasat Sendiri -Patriot

Rakyat Malaysia tuntut kebenaran isu selesai saman Sarawak Report - Patriot
Abdul Hadi (gambar) memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 berhubung jumlah RM90 juta yang didakwa dibayar UMNO kepada pemimpin Pas untuk meraih sokongan. - Gambar fail 

Rakyat Malaysia tuntut kebenaran isu selesai saman Sarawak Report - Patriot

KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Kebangsaan menegaskan bahawa rakyat  Malaysia menuntut kebenaran ke atas penyelesaian di luar mahkamah kes saman presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji berkata ia tidak bermakna kes itu ditutup.

"Rakyat Malaysia juga menuntut kebenaran ke atas kes ini kerana walaupun ia tidak akan diadili, namun tuduhan Brown bahawa RM90 juta telah dibayar kepada para pemimpin Pas kekal.
"Ini termasuklah rakaman audio Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang bercakap tentang menerima RM2 juta dari UMNO, yang telah diajukan sebagai bahan bukti oleh Brown dan tidak dicabar oleh (Abdul) Hadi Awang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamed Arshad berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui hakikat sebenar perkara ini kerana wang yang dibayar itu didakwa diperoleh daripada dana 1MDB.

Beliau turut menyeru Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memula siasatan terhadap kes ini dan menyeru sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk memfailkan laporan dengan pihak berkuasa.

"Sekalipun tiada laporan dibuat, pihak polis dan SPRM seharusnya memulakan siasatan sendiri," katanya.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle-Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 berhubung jumlah RM90 juta yang didakwa dibayar  UMNO kepada pemimpin Pas untuk meraih sokongan.

Pada 3 Feb lepas, Abdul Hadi menyelesaikan kes itu di luar mahkamah apabila menarik balik tuntutan terhadap defendan iaitu Brown serta defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
-- BERNAMA


4 comments:

Anonymous said...

Hah apa lagi yang ditunggu oleh geng ph? Pi la bukak kes. Jangan dok nak mengfitnah aje.

Kalau perkara ini dianggap bukan fitnah oleh Pas, mustahil ibnu akan secara terbuka siarkan article ni.

Anonymous said...

Puak ph buat fitnah aja lepas tu suruh yg difitnah kemukakan bukti. Apa lagi puak pentadsub dap buatlah repot ramai2 biar tghh kena hukuman kalau bersalah. Tapi jangan haraplah kami penyokong pas nak sokong phdap sebab kami akan tetap bersatu demi islam kerana allah bukan kerana tghh. Pemimpin boleh datang dan pergi tapi islam agama kami tetap kami perjuangkan dengan penyatuan umah demi islam kerana allah.

Anonymous said...

Persilakan puak ph buat laporan pada pdrm dan sprm dah tentu berpeluang nak kenakan tghh dan pas sebab undang2 didalam tng ph. Tapi kami tetap perjuangkan islam dab istikomah bersama pas. Terima kasih pada pelawaan mat sabu sebab kami tak rela jadi barua dap.

Anonymous said...

Surah Ali Imran, ayat 54

"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails