Menurut beliau, kesungguhan lelaki-lelaki terbabit menunaikan tanggungjawab ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di awal pagi walaupun dalam keadaan tidak selesa sepatutnya dicontohi oleh umat Islam lain.

Jelas Mohamad Shukri, tindakan mereka itu tidak salah kerana solat di dalam kendera­an sedang bergerak sa­ma ada kereta api atau kapal terbang adalah dibolehkan.

“Pada awalnya, jika kita tahu, cari arah kiblat dahulu. Selepas itu, boleh teruskan solat walaupun kereta api bergerak dan arah kiblat sudah bertukar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular gambar-gambar menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di dalam kereta api Komuter.

Tindakan mereka itu bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan warganet. (IH)
Walau di mana pun kita berada, solat tetap wajib dilaksanakan.