Thursday, February 07, 2019

Azmin Ali Jadi TPM. Adakah Anwar Takut Spekulasi Ini?

Spekulasi Azmin Ali jadi TPM hanya untuk timbul ketegangan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat di Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (Istac) pada Rabu. Astro AWANI

Spekulasi Azmin Ali jadi TPM hanya untuk timbul ketegangan - Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat hanya bertujuan menimbulkan ketegangan.

Katanya, perkara itu sudah pun dijelaskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, oleh itu, pihak media diminta agar tidak melayani isu itu lagi.

“PM dah jelaskan. Tak usahlah layan sangat khabar-khabar angin. Saya pergi tengok dia (Mohamed Azmin) selepas pembedahan tadi dan keadaan dia okey," katanya.

Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, kini sedang berehat di rumahnya selepas dilaporkan menjalani pembedahan di pundi hempedu. 

“Perkara ini tidak berbangkit. Tak dibangkitkan oleh dia atau pun oleh sesiapa. Ia sengaja dihangatkan untuk menimbulkan ketegangan,” kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Beliau ditemui pada sidang media selepas berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat bertemakan Perspektif Geo-Budaya di sini malam tadi.


Seminar itu diadakan di Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada Selasa, spekulasi berhubung pelantikan Mohamed Azmin sebagai TPM bertiup kencang selepas sebuah blog mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu akan bertukar portfolio selepas sambutan Tahun Baharu Cina.


Pada Rabu, Dr Mahathir menafikan akan ada rombakan kabinet dalam jangka masa terdekat. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Spekulasi Azmin Jadi TPM, adakah masalah dalaman PKR atau kemelut dalam senyum Anwar /Mahathir?




Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

4 comments:

Anonymous said...

kita hanya mengharapkan pemimpin yg wibawa, bijak, berani membela kedaulatan negara dan bersih dpd rompakan. oh ye satu lagi yg penting seperti pesan Deepak.. jgn pilih pemimpin yg beramal dgn syirik kaki bomoh utk kepentingan duniawi sepeti bossku yg tktau malu itu.

Anonymous said...

Dapig memang suka tikam belakang. Pergunakan Melayu. Dulu masa tak kuat, gunakan Pas. Dah agak kuat buang Pas. Sekarang kononnya dah kuat betul bersama Tun, dibuang pulak Dsai.

Arwah adib tu mana dia ambil kisah pun. Kalau arwah dulu mengundi ph whis is tidak mustahil, dapig ada ambil peduli ke? Surely tidak. Sebab dapig cuma perlukan undi Melayu sahaja!

Anonymous said...

hebat betul dap. abis semua melayu diperbodohkan. puak islam pun yg pandai nas jadi bodoh sama asik kena liwat je dgn dap. arwah adib pun melayu nk harap dap settlekan. agaknya jholow pun org dap kot sampai abis satu negara kena liwat.

Anonymous said...

Bukan hebat tapi licik. Selicik mengencing

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails