Thursday, December 20, 2018

Komik/Animasi M'sia, Pun Ada Kaitan Yahudi/Zionis?.

10 Fakta Menarik Sejarah Komik dan Animasi Malaysia Anda Patut Tahu
BENARKAH komik dan animasi di Malaysia pun ada kaitan dengan Yahudi atau Freemason? Mari kita lihat realiti dan sejarahnya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah kartun di Malaysia. (Gambar: Star2) Jika dilihat pada penghasilan karya animasi sekarang, boleh dikatakan Malaysia telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.

Buktinya filem BoBoiBoy: The Movie berjaya mengutip RM16.77 juta, sekali gus menjadi filem kelima teratas yang mencapai jumlah kutipan 'box-office' paling tinggi.
Filem Upin&Ipin juga masih boleh dipuji apabila mengutip RM4.9 juta selepas ditayangkan pada tahun 2016.
Bagaimanapun itu pencapaian dalam bidang animasi.

Perkara berbeza pula apa yang berlaku pada industri kartun media cetak apabila dunia penerbitan berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan jualan edaran yang tinggi.
Penerbit komik alaf baru seperti GEMPAK juga terpaksa beralih kepada platform digital demi memastikan penghasilan karya komik mereka kekal relevan.

Karya Ujang, Apo? adalah yang terawal memasuki pasaran arus perdana di Malaysia dan banyak lagi karya besar yang dihasilkan sebelum itu. Rojak Daily Skop! berkesempatan mengunjungi Muzium Negara sempena 'Pameran Kartun dan Kita' yang pernah dibuka kepada orang ramai.

Mari kita lihat sejarah komik dan animasi, apakah ada kaitan dengan peranan Yahudi atau zionis antarabangsa?

Ada 10 tahap sejarah komik dan animasi di Malaysia.

1. Bermula pada 1928
Antara karya terawal negara.
Sejarah penghasilan kartun di negara ini bermula pada tahun 1928 menerusi pelukis Raja Sulaiman. Karya beliau diterbitkan oleh majalah Polis Malaya pada 13 November tahun tersebut.

Masyarakat kemudian secara perlahan-lahan mula menerima karya kartun jenaka yang menggambarkan situasi dan masalah penduduk ketika itu.
Seterusnya fenomena kartun ini berkembang pada 1936. Pada tahun itu boleh dikatakan sebagai ‘game changer’ apabila kartun mula mendapat perhatian akhbar tempatan, iaitu Warta Jenaka.
Untuk makluman, Warta Jenaka adalah sebuah akhbar mingguan yang diterbitkan oleh Warta Malaya Press.
Warta Jenaka diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.

2. 'Wak Ketuk' antara paling popular zama 30an. 
Jika ada atuk atau nenek anda yang masih hidup, mungkin anda boleh bertanyakan mengenai kartun Wak Ketuk. Karakter ini diperkenalkan menerusi akhbar Utusan Zaman pada 12 November 1939.

Jika anda terfikir apakah isu atau jenaka yang dibangkitan ketika itu, kartun ini banyak memainkan isu orang Melayu yang diancam kemasukan pendatang asing sehinggkan jumlah mereka mengatasi penduduk Melayu. Kedengaran seperti 2018 bukan?

3. Medium propaganda.
Penerbitan pertama di akhbar adalah menerusi Warta Jenaka.
Pada tahun 1941 sehingga 1945 menyaksikan karya komik diangkat sebagai medium propaganda pemerintahan Jepun.
Mereka menggunakan kartun sebagai kempen untuk 'New Order' atau dikenali sebagai Tertib Baru. Ia bertujuan menggalakkan golongan muda terlibat dalam pertanian dan menyertai pasukan ketenteraan seperti di Jepun. Malah, propaganda ini juga bertujuan untuk menjadikan masyarakat fasih berbahasa Jepun.

4. Era gemilang majalah dan komik kartun.
Tahun 1978 menjadi permulaan dunia komik kartun.
Bermula tahun berkenaan sehinggalah 1990 telah membuka mata pengusaha penerbitan di negara untuk menjana pendapatan lumayan dan keuntungan berganda.
Ketika ini muncul beberapa majalah kartun di pasaran. Antara yang popular adalah Ujang, Mat Jenin, Din Beramboi, Apo? dan Gelihati.
Dalam tempoh itu juga menyaksikan ramai kartunis generasi baru muncul seperti Ujang, Mie, Aza, Cabai, Boy Pj dan ramai lagi.
5. Sejarah animasi bermula di sini.

Kepada anda yang gemar menonton animasi tempatan, tahukah anda industri animasi kita bermula pada tahun 1946 menerusi penubuhan Unit Filem Malaysia yang kini dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Animasi pendek pertama pula adalah Hikayat Sang Kancil ditayangkan sekitar tahun 1983.
Anda masih ingat, animasi Sang Kancil dan Monyet, Gagak Yang Bijak dan Arnab Yang Sombong? Ia juga antara siri animasi yang diterbitkan di bawah FINAS.

6. Majalah komik ke animasi.
Bagi memastikan karya-karya hebat yang dihasilkan kartunis tempatan tidak ‘terbenam’ begitu saja, beberapa kartunis turut menukarkan karakter kartun mereka ke dalam bentuk animasi. Antaranya Mat Gelap hasil karya Imuda, Usop Santorian karya Ujang dan Aku Budak Felda oleh Taugeh.
Jika anda ke Muzium Negara, anda berpeluang melihat fail asal lakaran cerita animasi Usop Sontorian pada tahun 1996. Fail yang mempunyai lakaran kartun setebal 250 helai inilah yang digunakan bagi tayangan selama 22 minit.

7. Karakter animasi pertama dibawa ke layar perak
Pelbagai informasi di Muzium Negara.
Tidak lengkap rasanya jika tidak mengangkat karya Mat Gelap. Ini kerana ia adalah karektor animasi pertama dalam filem tempatan. Filem ini menggabungkan watak hidup dan watak animasi. Menarik bukan?

Plot filem ini yang mengisahkan seorang penyiasat persendirian membongkar kegiatan satu kumpulan penjenayah yang diketuai Mama Bosan dilakonkan oleh Imuda, Liza Othman, Mano Maniam dan Jit Murad.

8. GEMPAK meakili komik alaf baru pada 90an.
Bagi generasi baru, kebanyakan mereka lebih mengenali komik kartun yang dikeluarkan penerbitan GEMPAK.
Majalah GEMPAK mula berada di pasaran pada 1998 dan lebih menumpukan eleman 'anime', komik dan permainan video.

Antara watak komik popular pastinya lawak kampus yang menjadi kegilaan remaja pada tahun berkenaan. Malah, hingga sekarang karya terbabit masih mendapat sambutan hebat. Bagaimanapun bermula tahun ini, GEMPAK telah pun beralih kepada digital sepenuhnya.
Antara watak kartun animasi yang pernah diterbitkan.

9. Peralihan kepada Animasi.
Pada tahun 1997 pula menyaksikan beberapa watak atau karya komik dialihkan kepada bentuk animasi. Buku Kampung Boy contohnya telah dijadikan siri televisyen animasi 2D. Selain itu Keluang Man dan Bola Kampung turut mengikuti langkah ini.
Perkembangan ini seterusnya membawa kepada penghasilan animasi 3D seperti kita dapat lihat menerusi Upin&Ipin dan BoBoiBoy.

10. Kini jadi bahan sejarah.
Kesemua informasi menarik ini sebenarnya hanya sebahagian daripada apa dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Selain maklumat berkaitan sejarah kartun di Malaysia, anda juga berpeluang melihat majalah dan komik yang diterbitkan puluhan tahun lalu.

Apa yang menarik perhatian, kesemuanya masih dalam keadaan baik dan dijaga rapi oleh pemilik asal majalah berkenaan.

Untuk anda yang masih belum ke Muzium Negara, silahlah berkunjung ke sana sebelum tarikh akhir pameran ini pada 15 April depan.
Weblog Ibnu Hasyim

Kesimpulan:
Setelah meneliti dari sudut sejarah seperti di atas, maka boleh dibuat kesimpulan rambang bahawa komik dan animasi di Malaysia TIDAK ADA kaitan dengan kegiatan dan perancangan mana-mana Yahudi atau Freemason di peringkat Malaysia atau antarabangsa...

Kecuali kartun Upin dan Ipin? 

Mengapa begitu? Ikutilah penjelasan selanjutnya, Upin Dan Ipin, adalah agenda Yahudi.. Benarkah?
Sekian, bersambung.. (IH)
Pastikan anda kunjungi Muzium Negara sebelum pameran kartun ini berakhir bulan depan.
Sumber 10 Fakta Menarik Sejarah Komik dan Animasi Malaysia Anda Patut Tahu By: HANAFIS HARIS SUNDAY, 11 MARCH 2018

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

4 comments:

Pak Andih said...

Tak ada ke produser atau karyawan yg mahu mengangkat kisah hikayat Rakyat ke layar perak. Contohnya kisah rakyat iaitu" Lobai Malang kempunan makan kenduri". Tentu bakal mencapai kutipan Box Office Baru meriah industri filem tempatan. FILEM KITA,WAJAH KITA.

Anonymous said...

Elok jugakisah ph difilemkan. Banyak kalor. Ada firaun, ada kaki liwat, ada sabu yg minum air liur kit siang dan guan eng. Lagi ada kisah katak lompat, kisah melayu hina islam dan ulamak. Ada kisah rasuah ,janji manifesto,kisah munafiq dan liberal.

Anonymous said...

Pan sangat menyayatkan hati. Islam biasa tp bagai nak rak bila bicara soal agama. Sampai Nabi pun jadi bahan sindiran. Begitulah pan bila dah jadi khadam dap. Madey pun kata malaikat pun buat silap. Doktor perubatan yang kononnya pandai agama.

Anonymous said...

Kisah menteri hindraf difilemkan pun boleh tarik penonton.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails