Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin berkata, PKR Cabang Permatang Pauh amat terkejut dan sedih dengan pengumuman yang telah dibuat itu.
"Kami ingin menyeru terutama kepemimpinan tertinggi PKR untuk mengambil langkah proaktif membentuk semula kesepakatan dan keyakinan anggota kepada parti ini selepas Pemilihan PKR 2018 berlangsung.

"Kepimpinan tertinggi parti perlu mengambil pendekatan inklusif, berlapang dada dan penuh hikmah demi memastikan kelangsungan perjuangan reformasi dan keadilan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Nurul Izzah hari ini meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang hari ini.
Nurul Izzah berkata, keputusan tersebut sepatutnya dibuat lebih awal namun mengakui ia sesuatu yang sukar buat dirinya. Demikian menurut Utuan Online. 
Sementara itu, PAS akan terus istiqamah dengan prinsip dan dasarnya, tidak akan sekali-kali masuk ke gelombang politik yang sedang berpusing ketika ini.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya teguh dan tenang menghadapi senario politik semasa agar tidak tenggelam akibatnya. Lapor Harakah. (IH)