Monday, December 17, 2018

Harga Gula Merudum, Sepatutnya Kurang 50sen 1 Kg.



Harga Gula Dunia Merudum, rejim PH Senyap-Senyap Tax rakyat.
Siapa yang untung? Kerajaan kenakan cukai kepada rakyat dalam senyap? Saudagar gula?

Harga gula di Malaysia sepatutnya mengalami penurunan selepas harga gula putih dunia menjunam. Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng berkata, kerajaan sepatutnya mengurangkan kira-kira 50 sen daripada harga jualan sekarang iaitu RM2.85 sekilogram.

Katanya, walaupun kerajaan tidak menggalakkan pengambilan gula berlebihan atas faktor kesihatan, tetapi gula masih merupakan barang keperluan harian yang penting selain menjadi bahan mentah utama untuk pelbagai jenis makanan. Beliau berkata, harga gula tempatan juga tidak harus terlalu jauh berbeza berbanding trend harga antarabangsa.

“Minuman seperti Milo dan air koko semuanya menggunakan gula. Dari kilang, kedai kopi sampailah suri rumah tangga, semuanya membeli gula,” katanya kepada China Press.

Berikutan daripadanya, beliau berharap kerajaan menurunkan harga gula selari dengan pergerakan harga dunia. Tambahnya, pengimport kini boleh membeli gula pada harga lebih rendah iaitu RM1.20 hingga RM1.30 sekilogram. Katanya, walaupun menanggung kos pengangkutan dan pembungkusan, pengimport masih boleh mendapat keuntungan jika gula dijual RM2.35 sekilogram berbanding harga semasa RM2.85.

Rujukan:
Sugar prices are the lowest in a decade, but haven’t hit bottom yet
https://www.marketwatch.com/story/sugar-prices-are-the-lowest-in-a-decade-but-have-yet-to-hit-bottom-2018-08-23
https://pakdin.my/harga-gula-dunia-merudum-rejim-ph-senyap-senyap-tax-rakyat/
Imej yang berkaitan

2 comments:

Anonymous said...

Posting ni gua ucap tahniah sama lu ibunu, ye PH, kamu awas! Rakyat melihat. Tok tekedu masih terkedu tak abis2 lagi ke?

Anonymous said...

Bukan gula saja, tapi semua barang asas spt beras tepung minyak masak dll PH sila pecahkan monopoli naga2 taikun libralisasi ekonomi kapitalis. Revenew semua sistem penswastaan tajaan Mahathir. Kerajaan PH mesti buktikan adanya perubahan keadaan ini, atau kami jatuhkan kamu di PRU15 nanti!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails