Tuesday, December 18, 2018

Pekerja Protes Tiada Waktu Solat Di Negara Demokrasi&Hak Asasi Manusia.


Pekerja gudang Amazon di Minnesota menuntut syarikat berkenaan supaya memberi waktu bagi mereka menunaikan solat.


SAINT PAUL - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira 300 pekerja beragama Islam berhimpun di luar gudang Amazon di Shakopee, Minnesota pada Jumaat lalu bagi membantah keputusan syarikat yang enggan memberi mereka lebih waktu untuk menunaikan solat.
Syarikat perniagaan atas talian terkenal itu memberi alasan, jadual kerja yang ketat menjadi punca permintaan mereka sukar untuk ditunaikan.
Mengikut standard Amazon, setiap pekerja perlu membungkus sekurang-kurangnya 240 kotak dalam tempoh sejam, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pemotongan gaji, diberi surat amaran, malah boleh dibuang kerja.  
Namun kumpulan terbabit berkata mereka mampu membungkus sehingga 400 kotak dalam tempoh ditetapkan.
Ekoran kekangan masa, kebanyakan pekerja Muslim terpaksa mengorbankan masa rehat yang sepatutnya digunakan untuk mandi bagi menjaga solat lima waktu.
Disebabkan itu juga, kebanyakan pekerja Muslim bimbang dipecat kerana mencuri waktu bagi mendirikan solat.
Difahamkan, lebih 3,000 pekerja di gudang terbabit adalah imigran berasal dari timur Afrika yang majoritinya beragama Islam.
Perhimpunan itu juga menuntut persekitaran kerja yang baik, adil dan selesa. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasym: Di negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia pun berlaku perkara-perkara yang tidak adil begitu. Hanya negara yang kepala otaknya dijajah sahaja merestuinya.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin Barat adalah kepala bapak hipokrit yang berpura-pura menyokong hak kebebasan beragama tetapi pada masa yang mereka menindas agama Islam dan hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin Baratlah yang menyebabkan sejarah dunia menjadi sejarah dunia yang berdarah kerana penjajahan, penindasan, perhambaan, perkauman, penghapusan etnik, senjata pemusnah massa dll oleh penjajah Barat ke atas seluruh manusia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails