Katanya, bagaimanapun kebanyakan kes rogol terbabit ialah "mahu sama mahu" yang melibatkan remaja bawah umur. Walaupun berlaku atas kerelaan, polis terpaksa melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol melibatkan remaja bawah umur, katanya kepada pemberita selepas Majlis Townhall "Jenayah Di Kelantan, Adakah Serius?" anjuran bersama Penjara Negeri Kelantan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan di sini hari ini.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga November lalu sebanyak 92 kes rogol dilaporkan berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas.  
"Meskipun berkurangan sebanyak 14.8 peratus namun ia tetap dilihat membimbangkan," katanya. 
 
Dalam pada itu katanya  jenayah samun berkawan tanpa senjata api menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 130 kes dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 126 kes pada 2017.
"Keseluruhan jenayah menunjukkan penurunan iaitu daripada 559 kes tahun lalu kepada 470 kes dalam tempoh Januari hingga November iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus," katanya.
Hasanuddin juga berkata, kebanyakan kes jenayah berpunca daripada dadah termasuk yang paling banyak berlaku iaitu pecah rumah. - Bernama

Hasil carian imej untuk mahathit hudud
Marina Mahathir
(Suara TV) – Aktivis sosial dan anak PM negara umat Islam, Marina Mahathir berkata akan meninggalkan negara ini, sekiranya Malaysia melaksanakan hudud dan perundangan Islam. Kesian, jahilnya..


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suara rakyat Kelantan menolak BN dan PH dalam PRU-PRU lalu, kerana mahu sistem perundangan Islam dilaksanakan di negara dan negerinya, juga kepada orang Islam sendiri. 

Tetapi Dr M tetap 'tuli dan pekak' menolak keputusan demokrasi rakyat itu, sejak jadi PM dalam UMNO hingga ke dalam PH sekarang. Walaupun sudah jelas terbukti hudud mampu mengurangkan kadar jenayah. 

Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik. Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini." Kata beliau.

Hasil carian web

23 Sep 2015 - Dimuat naik oleh Achik Malini
I do not own this video... just a very good sharing from a whatsApp group..