Memetik laporan akhbar The Star, Adi Azuan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi ini bagi mendapatkan reman. 
Akhbar berbahasa Inggeris ini mendedahkan, Adi Azuan ditahan susulan siasatan SPRM berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di kediamannya.
TH pada 30 November lalu telah membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan untuk salah nyata dalam perjanjian korporat.
Laporan terbabit dibuat terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.
Selain mereka, turut dinamakan dalam laporan ialah Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md. Ariff.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki gagal dihubungi.- UTUSAN ONLINE