Saturday, December 22, 2018

Beranikah DAP Keluar Kerajaan? -Ust. Idris Ahmad




PAS pernah diugut oleh DAP sewaktu Barisan Alternatif supaya jangan kemuka dokumen Negara Islam. PAS bukan parti yang tidak ada prinsip untuk tunduk kepada kehendak DAP. DAP tidak berjaya cucuk hidung PAS. PAS bertegas, akhirnya DAP cabut lari daripada BA pada tahun 22 September 2001.
Mursyidul Am sewaktu itu almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS ialah almarhum Ustaz Fadzil Noor. Itu pun pengampu DAP, mengatakan jikalau PAS dipimpin oleh dua almarhum ini, DAP tidak akan keluar daripada Pakatan Harapan. Inilah pembohong internasional yang buta sejarah.
Sekarang kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diugut. Jika tidak ikut aspirasi DAP, mereka akan keluar. Apabila DAP bercakap tentang integriti dan good governance. Rakyat pun sudah naik muak dan jelik. Rakyat sudah lihat tujuh bulan memerintah sikap dan kelaku mereka seperti kaduk naik junjung.
Rakyat ingat, hebat sangat menteri dalam kalangan DAP untuk memulih ekonomi dan meningkatkan harga getah dan kelapa sawit. Sikap menteri kewangan Lim Guan Eng yang tidak profesional berhubung isu royalti di Kelantan.
Persoalannya adakah DAP berani keluar daripada kerajaan? Bukan senang hendak dapat masuk Putrajaya. Bukan senang dapat akses maklumat kerajaan. Apa yang lebih penting makin banyak peluang ekonomi. Bukan senang taiko-taiko besar boleh bersama DAP. Semuanya hasil bersama di dalam kerajaan.
Sekarang rakyat semakin kenal. PAS sudah lama kenal. PAS pernah berkawan dengan DAP. PAS berpisah kerana prinsip dan berkawan kerana prinsip, bukan kerana peribadi. Hendak tunduk kepada kehendak DAP, sorry lah ya.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS 
21 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 21/12/20

1 comment:

Anonymous said...

Eleh dapig cakap je. Harta karun depan mata ingat diorang nak lepaskan ke. Sebaliknya Orang Melayu sendiri yang akan bertindak sendiri buang dapig dan cawangannya pan daripada kerajaan Tanah Melayu.

''Menuju kearah Kerajaan Bumiputra''

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails