Tuesday, March 20, 2018

‘Sugar Dating’ Tak Lebih Kepada Pelacuran –Helen Pringle



LAMAN web yang menawarkan perkhidmatan ‘sugar baby’ kepada para hartawan ‘sugar daddy’ tidak lebih kepada satu bentuk pemasaran bijak yang cuba menjauhkan jenama mereka daripada pelacuran, walaupun sebenarnya jelas bahawa seks ditawarkan untuk wang.

Begitu pandangan yang dikeluarkan oleh Helen Pringle, seorang pensyarah daripada University of New South Wales, pakar dalam isu hak asasi manusia dalam industri seks, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) kelmarin. 

“[Sugar dating] creates a sense among many men, a playboy aspiration where they can tell women when they can come and when they can leave and they don’t have to deal with the messy relationship stuff.” 

Semalam Menara.my melaporkan sebuah parti tertutup yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada April akan datang yang bakal menjadi parti ulung pertemuan ‘sugar baby’ dengan para ‘sugar daddy’. 

Artikel SCMP yang sama juga melaporkan bahawa TheSugarBook mempunyai ahli seramai 120,000 orang, kebanyakannya daripada Indonesia, Singapura, Filipina dan Indonesia. Sementara itu menurut Dr Andrew Mohanraj, Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia pula, hubungan sebegini adakalanya berakhir dengan perbuatan mencederakan diri sendiri dan ada juga yang cuba membunuh diri apabila cara hidup ‘sugar’ mereka berakhir.

Lazimnya juga, ‘sugar baby’ sering menyalahkan diri mereka dan bersedih apabila perhubungan mereka berakhir. “I have one case where the sugar baby was told by her sugar daddy that he wanted to marry her. [This never transpired] so she overdosed on sleeping pills.” 

Sesetengah daripada ‘sugar baby’ yang ditinggalkan terlibat dengan salah guna dadah, malah ada juga yang dijangkiti penyakit kelamin seperti HIV. 
(menara.my/) 


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

Anonymous said...

Sugar Dating Style Kuali

Pergi Selfie Amoy Langgar dada
Bertempik sambil baling mikrofon atas pentas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails