Tuesday, March 20, 2018

PH S'gor Akan Tumbang. Azmin Diingatkan Sallehen..

Post Pic


KEMAMAN: PAS Negeri Selangor mengingatkan Menteri Besar Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan itu bakal tumbang pada PRU14.
Ini kerana, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi kerajaan negeri PH yang diketuai PKR sudah memalukan serta menafikan hak 13 wakil rakyat PAS di negeri itu.
"Hari ini kita (wakil rakyat) dinafikan mendapat peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. PAS Selangor sama dengan PAS Terengganu yang tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri masing-masing. 
"Mungkin Azmin Ali (Menteri Besar) berfikir dengan dia tidak beri peruntukan kepada kita, jadi payah untuk kita hendak jinakkan hati orang. Maknanya, dia (Azmin) tidak bergantung kepada Allah tetapi bergantung dengan duit, dengan makhluk. 
"Sambutan Karnival 10 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang kini PH. Semua Exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini kecuali Exco-exco daripada PAS. 
"Sedangkan, dia minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang Exco kita dimalukan dalam program itu. Kita masih lagi dalam kerajaan Selangor tetapi tidak diberikan peruntukan dan ini tidak berlaku dalam sejarah," katanya dipetik Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-58 di Dewan Mujamma Pusat Pangajian Taman Islam, di sini kelmarin.
Ustaz Sallehen yang juga ADUN Sabak mengingatkan mengenai sejarah kejatuhan Kerajaan BN Selangor di mana tindakan Dr Mohamad Khir Toyo mantan Menteri Besar memalukan pegawai kerajaan dengan hadiah penyapu dibenci oleh rakyat.
"Saya teringat zaman Khir Toyo diakhir menjadi Menteri Besar Selangor tempoh hari. Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada seorang Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Selangor. 
"Seluruh rakyat menjadi benci dengan perangai Khir Toyo kerana itu satu penghinaan. Seorang pegawai kerajaan dihina oleh Khir Toyo, Barisan Nasional tumbang di Selangor.
"Hari ini, 13 orang wakil-wakil rakyat PAS dan Exconya dimalukan oleh PKR, PH. PH juga akan tumbang di negeri Selangor, InsyaAllah," ujarnya disambut laung takbir hadirin.
Menurutnya, perjuangan PAS tidak bergantung harap kepada manusia semata-mata tetapi yakin dengan pertolongan Allah SWT.
Sebenarnya, kata Ustaz Sallehen lagi, duit tidak dapat menjinakkan hati-hati manusia tetapi Allah S.W.T yang boleh menjinakkan hati-hati manusia.
-ze

Kembalilah kepada Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

11 comments:

Anonymous said...

Pemimpin pas dengan org2 yg masih menyokong pas ni ingat semua org bodoh dan buta hati mcm dia org ke..sedih bila baca statement org2 pas,kesian pun ada..sokong pas tak brtempat

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2017/01/23/agenda-anti-islam-dap-tak-akan-diterima-pas/amp/

Agenda anti-Islam DAP tak akan diterima PAS

BANGI, 24 Rabiulakhir 1438H, Isnin – PAS menegaskan untuk tidak akan menerima agenda anti-Islam yang dibawa oleh parti rasis dan cauvinis, DAP sekaligus mengulangi pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan parti berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, DAP boleh mempelawa mana-mana parti yang mahu berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatiknya terutama parti Parti Amanah Negara (PAN).

“Pengkhiantan DAP terhadap PAS dalam gabungan pakatan rakyat sudah cukup memberi isyarat bahawa parti berkenaan bukan rakan politik yang baik bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) termasuk menyelamatkan Malaysia.

“Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, tidak perlu bermadah dengan kata-kata untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Lim dilaporkan menghulur salam perdamaiannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas memutuskan hubungan berikutan penentangan DAP terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan, dua tahun lalu.

Salam perdamaian Lim juga disusuli pelawaannya untuk bekerjasama semula dengan PAS dan mendakwa sanggup bergabung sekali lagi dengan Abdul Hadi sebagai komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini.

Komentar Facebook

Anonymous said...

Mengapa saya tolak pakatan?

Sebab saya ABCD (Asal Bukan Condong DAP)

Asal
Bukan
Condong
Dap

Mengapa begitu?
DAP adalah tuan punya Pakatan Harapan. PAN, PKR n Bersatu hanya Khadam
DAP juga anti Islam

Reply

Unknown said...

Jgn beranganlah PAS atau Um NO nak tawan selangor. Ini mcm angan mat jenin sambil panjat kelapa. Akhirnya mat jenin jatuh ketanah kerana berangan dan cuai ketika memanjat.

Anonymous said...

Jika kita membaca komen-komen yang ditulis oleh baru-barua Pakatan Munafik pimpinan puak envagelis, kita akan merasa meloya nak muntah kerana semua komen mereka mengandungi unsur sombong dan bongkak, takbur, fitnah , dungu dll yang mencerminkan peribadi barua-barua itu sendiri yang hidup dalam dunia khayalan yang tidak berpijak pada bumi sebenar.

Fakta yang tidak boleh dinafikan oleh barua-barua ini ialah umat Islam tidak akan mengundi Pakatan Munafik pimpinan parti kafir harbi DA-Pig yang amat memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Umat Islam mempunyai kecenderungan untuk mengundi parti Islam PAS pimpinan dalam PRU14.

Inilah hasil kajian politik terbaru.

Anonymous said...

Terdapat ramai mat jenin dalam Pakatan Munafik pimpinan mat jenin evangelis.

PRU14 belum pun bermula, mat-mat jenin ini sudah bergaduh, kutuk-mengutuk dan tikam belakang antara satu sama lain kerana berebut jawatan pengerusi, PM, TPM, menteri, MB, TMB, exco, speaker parlimen dll.

ha ha ha angan-angan mat jenin ha ha ha

Apabila Pakatan Munafik kalah dalam PRU 14, semua mat jenin masuk hospital sebab koma, sakit jantung atau stroke atau sakit mental dll.

Anonymous said...

Pakatan munafik?

Jangan ujub saudara. Belum tentu orang yg anda tuduh munafik itu sedemikian rupa. Mungkin yang anda sangka munafik itu jauh lebih tinggi darjatnya di sisi Allah azza wajalla berbanding anda.

Saya sokong PH. Atas dasar maslahah umum. Pemimpin skrg tidak layak diberi mandat. Terlalu banyak kerosakan yg telah dilakukan. Semoga anda buka mata. Sekian

Anonymous said...

Wah barua dedak roket cuba menegakkan benang basah walaupun pemimpin-pemimpin Pakatan Munafik telah bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin parti kafir harbi DA-Pig menentang, menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud dll.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun tidak pernah bersekongkol dengan musuh Islam.

Kamu pula sokong musuh Islam untuk kebaikan Islam? Adakah kamu pesakit mental?

Anonymous said...

PAS Selangor memang tak tahu malu,PKR dah tak bersama mereka tetapi PAS masih terhegeh2,baik terjun dalam longkanglah Salehen.

Anonymous said...

Woi balaci evangelis 6:33pm, sejak bila musuh Islam seperti DA-Pig jauh lebih tinggi darjatnya di sisi Allah?

Bukankah tempat musuh Allah ialah di neraka?

Kamu ini telah sesat !

Anonymous said...

Sebagai ADUN Sgor, wakil rakyat berhak mendapat peruntukan kerajaan berdasarkan perlembagaan dll.

Dengan menafikan hak ADUN PAS, rejim pakatan telah melakukan kezaliman dan penindasan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails