Monday, March 19, 2018

PRU14 Ogos Ini, Kata Bekas SU Najib.



Walaupun ramai yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung sekitar pertengahan April dan pertengahan Mei, bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pandangan berbeza.


Dalam satu kolum di The Edge Financial Daily hujung minggu lalu, Oh Ei Sun meramalkan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan sekitar bulan Julai dan Ogos atas alasan teknikal dan beberapa sambutan perayaan yang berlangsung pada pertengahan tahun.

Oh berkata, sebaik sahaja kerajaan meluluskan proses persempadanan semula pilihan raya baru di Dewan Rakyat yang sedang bersidang dan berakhir pada 5 April depan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat kerja-kerja susulan.


"Ramai yang menganggap bahawa Najib akan membubarkan parlimen tidak lama selepas itu, membuka jalan untuk pilihan raya diadakan sebelum pertengahan bulan Mei, menjelang ketibaan Ramadan, dan menggunakan momentum itu untuk meraih kemenangan.


"Ini sudah tentu jadual yang munasabah, tetapi saya berpendapat bahawa, sama dengan pilihan raya lalu, pilihan raya kali ini akan dibawa sehingga penghujung tarikh yang dibenarkan," katanya.
"Terdapat asas untuk pandangan ini.

"Antaranya, sekalipun parlimen meluluskan cadangan persempadanan semula kawasan seperti yang dijangkakan, SPR, yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaannya, masih memerlukan tempoh masa tertentu untuk melakukannya," katanya.

"Senarai pilihan raya perlu diperbaharui untuk menggambarkan kawasan yang dipinda itu,” katanya.

"Pelarasan perlu dibuat berhubung penggunaan sumber manusia dan sumber lain mengikut sempadan pilihan raya baru," katanya.

Oh juga menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada bulan Jun apabila masyarakat Kadazan akan meraikan pesta Kaamatan di Sabah dan perayaan Gawai pula dirayakan di Sarawak.



"Ramadan bermula pada pertengahan bulan Mei, dan diikuti sambutan Aidilfitri selama sebulan sehingga Julai, yang mana tempoh parlimen sekarang akan tamat sekalipun jika ia tidak dibubarkan ketika itu.


"Akhir bulan Ogos juga akan menyaksikan permulaan musim haji. Ramai penyokong Umno dan dan PAS tentu tidak akan gembira jika pilihan raya umum diadakan pada masa itu.
"Justeru, masa yang tinggal adalah bulan Julai hingga awal Ogos,” katanya.
(TKO)


Kembalilah kepada Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails