Monday, March 19, 2018

250 Ahli PKR Keluar Parti Di Klang. Masuk UMNO.

250 anggota PKR keluar parti di Klang

KLANG: Seramai 250 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Klang hari ini bertindak keluar parti kerana mendakwa kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu dalam menjaga anggota akar umbi terutamanya golongan muda.

Usulan itu, mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Bahagian Klang Datuk Nasarruddin M. Zin pada satu majlis di Kampung Pendamar di sini.


Wakil kumpulan itu yang juga bekas Naib Ketua PKR Cabang Klang, Mohd Fuzi Abd Ranee, 50, berkata mereka berbuat demikian atas kehendak sendiri setelah PKR gagal memperkasa dan menjaga kebajikan akar umbi terutama golongan muda.

Menyertai PKR sejak 1998, beliau berkata kebanyakan yang keluar parti adalah tenaga penggerak jentera parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Semasa dalam PKR, saya memang memperjuangkan nasib golongan muda, ibu tunggal dan warga emas namun sehingga semasa keluar parti pun, saya tidak nampak sebarang wawasan untuk anak muda dan golongan berkenaan jika terus bersama PKR," katanya kepada pemberita.

Mohd Fuzi berkata setelah diteliti, Barisan Nasional (BN) lebih banyak menjaga kebajikan rakyat dan golongan muda.
-- BERNAMA


Kembalilah kepada Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


7 comments:

Zali Mohd said...

Satahu saya cuma yg tingal dlm Keadilan hanya Kak.Wan dan DS Anuardan Nurul aje sebab satiap kali tiba musim PR berduyun2 keluar ta bagitu.

Anonymous said...

Dulu parti kak jah menang sebab disokong oleh penyokong PAS dan jentera PRU PAS.

Sekarang parti kak jah akan kalah PRU 14 kerana hilang undi penyokong PAS dan sokongan jentera PRU PAS.

Biasalah parti kak jah ramai pemimpin dan sedikit sokongan peringkat akar umbi akan kalah PRU14.

mahligai seni said...

Ini negara demokrasi. Silakan. Itu semua suatu pilihan. PKR tak perlu marah-marah dan tak perlu memaki hamun kepada "ahlinya yang keluar parti". Terima pilihan mereka dengan besar jiwa. Tak usah melabel mereka. Insya-Allah, dengan jiwa besar demikian, Allah SWT memberi pertolongan. Dalam perjuangan, perkara sedemikian sangat lumrah. PKR dan Pakatan Harapan, usahlah gusar, namun dalam keadaan sedemikian, cari jalan menarik sokongan rakyat. Ya, Allah, kurniakanlah kejayaan "menguasai Putrajaya/seluruh negara secara umumnya" kepada PH pada PRU 14 ini. Amin...

Anonymous said...

Barua-barua pakatan sibuk menjaja fitnah konon setiap hari ahli PAS keluar parti. Kalau ikutkan logik barua dedak roket, sudah lama PAS pupus tetapi kita lihat PAS bertambah kuat dan kukuh.

Barua dedak roket sembang mau lebat, habuk pun tarak!

Anonymous said...

Mana Husam
-Menuduh Audio
-Mimpi 15z
- Sumbu ajaib jimat minyak
- Kuasa 10
- Rumput gula
- Jembalang Tanah

Anonymous said...

Ya Allah , kurniakanlah kejayaan besar dalam PRU 14 dan berilah kekalahan kepada Pakatan Munafik pimpinan kafir harbi kerana puak pakatan memusuhi agama Islam .

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Ya Allah , kurniakanlah kejayaan besar dalam PRU 14 kepada parti Islam PAS dan .........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails