Wednesday, March 21, 2018

4 Bekas Pemimpin, Ahli DAP Lapor Polis Berhubung Video LGE.



BUTTERWORTH: Empat bekas pemimpin dan ahli DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung video yang tersebar menunjukkan Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong, Sabtu lepas.
Laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perbuatan setiausaha agung DAP itu yang disifatkan keterlaluan apabila berpolitik.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan berkata tindakan Lim yang berjenaka dengan mengubah suai turutan abjad dalam lagu yang menjadi rutin kepada kanak-kanak itu boleh meracuni fikiran mereka yang masih kecil.

“Aksi Lim dalam video itu sangat keterlaluan dan kami begitu kecewa serta kesal dengan tindakan Ketua Menteri yang sepatutnya tahu bahawa perkara sebegini tidak boleh dibuat main-main.
“Mereka (kanak-kanak) bukan faham apa yang ingin disampaikan dan apa mereka tahu adalah mengikut apa yang diajar dan ini memburukkan keadaan apabila anak-anak kecil berkenaan terdedah kepada permainan politik pada usia awal,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth hari ini.

Asoghan berkata tindakan berpolitik terhadap kanak-kanak terutama murid sekolah juga bukan budaya diamalkan di Pulau Pinang sejak kepimpinan terdahulu.

“Ini mengecewakan apabila seseorang yang dari Melaka kemudian diberi mandat oleh rakyat di negeri ini selama 10 tahun, tiba-tiba menimbulkan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan kini sanggup pula menghasut kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar ketika dihubungi Bernama berkata polis menerima 4 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung video berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya polis akan melengkapkan kertas siasatan kes itu dalam masa terdekat sebelum menyerahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Sabtu lepas, Lim dalam satu video 32 saat itu didapati mengajar sekumpulan kanak-kanak menyanyi mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) seolah-olah ia memberi kesan buruk kepada rakyat, ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat diperkenalkan kerajaan negeri.

Ia kemudian mendapat perhatian ramai pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) selepas video berkenaan tular di laman media sosial Facebook.

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails