Wednesday, March 21, 2018

Kisah Lama Geylang Serai. Bukti, Asal S'pura Siapa Punya? (Video)




    1. Ahmad C.B. - Geylang Waktu Petang

      • 8 years ago
      • 53,468 views
      Nostalgia Geylang Serai Dulu .....dan Sekarang. Semoga anda senang dengan paparan ini.
    2. Geylang Serai - Sepanjang Jalan Kenangan

      • 1 year ago
      • 3,349 views
      Geylang Serai - Sepanjang Jalan Kenangan.




    3. Geylang Serai, kampungku

      • 7 years ago
      • 17,326 views


      "Geylang Serai, kampungku" facebook group, mengimbau kembali zaman kita bermukim disana pada tahun tahun 50an hingga






    4. Indian man got chased out after hurling vulgarities at Makcik at Geylang Serai hawker centre

      • 1 month ago
      • 17,690 views
      Video Credit: Mr Tan ""The indian man was heard hurling vurgarities to the stall makcik till stepping into the stall and this pakcik 
    5. VOCKET MAKAN: Makanan Unik di Geylang Serai Bazaar, Singapura


      • 9 months ago
      • 18,196 views
      Terdapat pelbagai juadah unik yang boleh didapati di Geylang SeraiBazaar, Singapura. Nak tau apa dia? Jom ikut Bella jalan-





    6. Coretan Singapura 2015: Pasar Geylang Serai (Seg 1)


      • 2 years ago
      • 2,055 views
      Burn menjelajahi Pasar Geylang Serai yang mempunyai 3 bahagian iaitu medan makan, kedai-kedai pakaian, dan pasar.


      Saksikan 
    7. Sherrie Aljunied - Di Waktu Petang Di Geylang Serai (Official Karaoke Version)


      • 1 year ago
      • 4,219 views
      Sherrie Aljunied - Di Waktu Petang Di Geylang Serai Dapatkan Ring Back Tone lagu ini: Maxis CRT: Dail *131*516057# dan tekan 
    8. VOCKET MAKAN: Geylang Serai Bazaar di Singapura


      • 9 months ago
      • 12,565 views
      Setelah berjaya dalam RM10 Challenge di bazaar-bazaar Ramadhan di sekitar Lembah Klang, Bella nak menyahut cabaran $10 
    9. Excellent Nasi Padang at Geylang Serai Market Food Centre


      • 2 years ago
      • 336,484 views
      Geylang Serai market and food centre is a great place to eat Nasi Padang and other Malay and Indonesian foods in Singapore. Get

    10. Best value NASI BIRYANI at Geylang Serai, Singapore!


      • 1 month ago
      • 6,031 views
      Geylang Briyani Stall ADDRESS #02-146 Geylang Serai Market and Food Centre, 1 Geylang Serai, 402001 OPENING HOURS Tue 
    11. KISAH DI GEYLANG SERAI - SINGAPURA

      • 9 years ago
      • 17,608 views
      SEPETANG DI GEYLANG SERAI SEBELUM RAYA.
    12. Searches related to geylang serai

    13. Hari Raya in Singapore - Geylang Serai




      • 4 years ago
      • 6,723 views
      Here's wishing all Muslim friends Selamat Hari Raya! :)http://www.soakinsingapore.com/ https://www.facebook.com/
    14. Kesah D Geylang Serai Azmat Khan





      • 1 year ago
      • 451 views
      OA: Ahmad C.B (Klasik) Create By: Azkhan.
    15. Geylang Serai 2017






      • 9 months ago
      • 449 views
    16. FOOD KING: Geylang Serai Ramadan Bazaar Edition!

      • 9 months ago
      • 478,229 views
      This week, we went to the Geylang Serai Bazaar to find all the instagram-worthy food to find out whether if they are as good as it 
      • 4K
    17. The Best and Worst of Geylang Serai Bazaar - Bellygood: EP 2



      MUNGKINKAH Malaysia akan jadi seperti Singapura?

      Supaya jangan jadi begitu..
      UNDILAH PAS dalam PRU14
       
      PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

7 comments:

Anonymous said...

Apa jadi di Geylang boleh jadi di Kelantan jika orang melayu sanggup berwali akan khadam2 DAP contohnya PKR, Bersatu dan PAN. Malang sunnguh jadi kepada Melayu Geylang

ABCD -ASAL BUKAN CONDONG DAP

ADAKAH KAMU MAHU NASIB KAMU ANAK BERANAK JADI MACAM MELAYU GEYLANG ATAU MELAYU PENANG?

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/25/strategi-dap-mahu-kekal-berkuasa-halau-pecah-undi-melayu-pulau-pinang/

Strategi DAP Mahu Kekal Berkuasa, Halau & Pecah Undi Melayu Pulau Pinang ?

AIDCNews – 25/12/15 –Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan dilihat sebagai memaksa komuniti Melayu Islam berhijrah dan usaha memecah undi di satu-satu kawasan.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, pembangunan sedemikian seolah-olah menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.

“Ada semacam satu agenda, bahawa pembangunan yang sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran kepada masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok, kepada perumahan-perumahan baru, yang besar ni, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.

iszuree
Iszuree Ibrahim

“Kalau perkara ini tidak dibendung, usaha perencanaan yang dibuat ini akan menghakis orang Islam dan Kampung Melayu daripada pulau, hanya seakan menyambung tindakan (Kerajaan BN dahulu) oleh kerajaan (DAP) sekarang.
“Jadi pembangunan perlu mengambil kira komuniti. Apa makna pembangunan ataupun perumahan yang boleh buat? Tapi komuniti tak boleh terima. Komuniti hanya menjadi hanya jadi penonton, jadi mangsa kepada pembangunan ini,” ujarnya ketika ditemui parti-pas.org, di Maahad Tahfiz Al-Ansar, Pulau Pinang.

Menurutnya, perkara sama turut berlaku kepada para penjaja yang majoritinya Melayu Islam yang dikenakan tindakan-tindakan roboh dari pihak penguatkuasa Majlis Perpandaran, sedangkan tidak berlaku kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu.

Apabila perkara tersebut diutarakan, tambah Iszuree, pihak DAP dengan pantas menuduh isu itu sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat bermotif perkauman.

“Mereka cuba menarik sokongan ketika PRU13 itu dengan agenda membantu warisan perkampungan Melayu. Tetapi setelah menang dengan kuasa yang ada, tidak disentuh pun. Kita mula nampak suara pemerintahan DAP tidak jauh beza dengan kerajaan yang sebelum ini dari segi pembangunan. Khususnya melibatkan tanah-tanah perkampungan Melayu.

“Jadi, apa matlamat membuat pembangunan rumah-rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak menghalau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Bila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku. Macam ada agenda, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita nampak,” tuturnya meluah kebimbangan.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersil sepertimana Singapura dan Hong Kong serta penempatan orang-orang kaya sahaja.

Anonymous said...

JIKA ZAMAN AWAL ISLAM ADA ABU LAHAB DAN ANDULLAH BIN UBAY, SATU MUSHRIQIN DAN SATU LAGI MUNAFIQIN. SEKARANG DI MALAYSIA ADA DAP DAN KHADAM2 MEREKA YAKNI PKR, PAN DAN BERSATU

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-usir-melayu-keluar-pulau-pinang-pas/

DAP Usir Melayu Keluar Pulau Pinang – PAS

GEORGE TOWN – Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan dilihat sebagai memaksa komuniti Melayu Islam berhijrah.

Ia juga usaha pecah undi Melayu di satu-satu kawasan, dakwa Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang pernah dipecat daripada jawatan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana mengkritik DAP negeri itu.

Katanya, pembangunan sedemikian seolah-olah menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang hanya bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.

“Ada semacam satu agenda pembangunan sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok perumahan baharu, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.

“Kalau perkara sebegini tidak dibendung, usaha perencanaan sistematik yang berjaya dibuat DAP ini akan hakis orang Islam dan perkampungan Melayu daripada bahagian pulau kepada tanah besar di Seberang Perai.

“Jadi pembangunan perlu ambil kira komuniti. Apa makna pembangunan atau perumahan yang boleh buat? Tapi komuniti tak boleh terima. Komuniti hanya hanya jadi penonton, jadi mangsa kepada pembangunan ini,” ujarnya.

penang1

penang3

Iszuree seperti yang dilaporkan laman web rasmi PAS dan disiarkan portal berita AgendaDaily berkata, nasib sama berlaku juga kepada penjaja Melayu Islam dikenakan tindakan roboh oleh pihak penguatkuasa tempatan.

Sedangkan MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak pula melakukan perkara sama kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu yang secara terang mengganggu lalu lintas dan tidak menjaga kebersihan awam.

Malangnya menurut beliau, apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat jauh bermotifkan perkauman yang sempit.

Sedangkan jelas Iszuree, usaha PAS itu adalah untuk memberi keadilan, keharmonian dan hak rakyat sebagaimana menjadi intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat serta dipersetujui dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Ia termasuk untuk mewujudkan garis sempadan Perkampungan Melayu Warisan di Pulau Pinang. Bagaimanapun ujarnya, perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan sesama mereka setelah menang pilihan raya tersebut.

Sebaliknya pemerintah ditunjangi DAP lebih menitikberatkan pemeliharaan warisan kolonial Inggeris seperti yang terdapat banyak di bandar raya George Town setelah mendapat status tapak warisan dunia daripada UNESCO.

penang2

penang4

“Mereka cuba menarik sokongan ketika Pilihan Raya Umum pada 2013 lalu itu dengan agenda konon mahu bantu warisan perkampungan Melayu. Tetapi setelah menang dengan kuasa yang ada, tidak pula disentuh pun.

“Jadi, apa matlamat buat pembangunan rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak halau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Apabila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku.

“Macam ada agenda tersembunyi, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita (PAS Pulau Pinang) sudah nampak,” tutur beliau meluahkan kebimbangan.

Sepatutnya terang Iszuree, kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tanggungjawab untuk memelihara komuniti Melayu kerana ia juga merupakan aset yang turut menyumbang misalnya kepada industri pelancongan negeri.

Terang beliau lagi, pelancong asing bukan sahaja datang untuk melihat pantai dan seumpamanya, tetapi juga komuniti masyarakat, budaya, makanan dan warisan asli tempatan turut boleh menjadi daya tarikan unik.

Beliau turut tidak menolak Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersial seperti mana Singapura dan Hong Kong serta sebagai penempatan untuk orang kaya sahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/hangat/insafi-kisah-nasib-umat-melayu-islam-di-singapura/

Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

BARU-BARU ini masyarakat Melayu gempar dengan tindakan provokasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cuba merobohkan struktur huruf UMNO dibina di depan bangunan ibu pejabat negeri parti itu di George Town.

Susulan insiden itu, ramai netizen menyifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan itu sebagai usaha kerajaan DAP Pulau Pinang sedikit demi sedikit mahu menghapuskan segala kesan pengaruh parti Melayu tersebut di negeri itu.

Awal tahun ini secara kebetulan, masyarakat Melayu di Pulau Pinang ‘gempar’ dengan tindakan beberapa masjid diarah tidak lagi melaungkan azan dengan pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk bukan Islam.

Ada juga melihat langkah kecil itu menyerupai apa yang pernah dilakukan PAP, parti pemerintah di Singapura dan pengasas DAP di Malaysia; langsung mengharamkan azan di luar bangunan masjid sejak 1974 atas alasan sama.

Bagi memahami senario di Singapura, penulis memetik beberapa laporan daripada pelbagai sumber sahih agar ia boleh dijadikan pengajaran mengenai nasib umat Melayu di Malaysia jika DAP berkuasa memerintah negara ini.

sg1

Sekadar rekod, menurut perlembagaan DAP sendiri, jelas dinyatakan akan menghapuskan segala hak istimewa bumiputera dan terbaharu mengurangkan secara drastik jumlah kakitangan awam Melayu apabila berkuasa kelak.

Di Singapura, perkara ini sudah berlaku dengan alasan masyarakat Melayu adalah minoriti, maka pengambilan penjawat kerajaan mesti mengikut nisbah penduduk; termasuk penempatan di kawasan perumahan awam.

Bayangkanlah jika sesebuah flat ada ramai penghuni Melayu, tidak kira ahli keluarga atau saudara mara sendiri; mereka akan dipindah semula ke tempat lain bagi memastikan jumlah penduduk mesti ikut nisbah penduduk.

Dengan cara itu, langsung tiada kawasan di Singapura yang mempunyai majoriti Melayu, sekali gus memecahkan undi politik mereka setiap kali proses pilihan raya kebangsaan. Keadaan ini sudah pun berlaku di Pulau Pinang.

Paling sedih, isu nisbah di Singapura turut melibatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi walaupun kononnya pemerintah republik itu mendakwa mereka mengamalkan prinsip meritokrasi pendidikan awam.

sg3

Contohnya daripada 100 penuntut baharu, hanya empat anak Melayu diterima masuk berdasarkan kuota iaitu nisbah penduduk Melayu konon cuma empat peratus, walaupun ramai anak Melayu cemerlang dalam peperiksaan.

Empat pelajar ini akan diberi kursus yang ditentukan sendiri oleh pihak universiti dan pastinya paling susah lulus, tetapi jika ingin menukar bidang pengajian, ia dilarang dan jika ingkar dibuang terus daripada universiti itu.

Sebaliknya jika terus belajar dan gagal satu kertas ujian, pelajar Melayu akan diberhentikan pengajian, ironi jika lulus pun, mereka akan ditekan dengan yuran mahal kerana tiada biasiswa untuk pelajar Melayu di Singapura!

Begitu juga halnya dalam perniagaan. jika ada bisnes sendiri dan berpotensi baik, pihak pemerintah akan mewajibkan usahawan Melayu itu menerima seorang Cina Singapura masuk sebagai ahli lembaga pengarah.

Sekiranya tidak bersetuju, mereka akan berhadapan lesen perniagaan tidak lagi disambung dan diarah tutup. Lazimnya orang Melayu yang ingin berniaga di Singapura harus menerima tempat yang ditetapkan pihak kerajaan.

sg2

Lokasi strategik dikuasai oleh Cina manakala Melayu perlu di luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan tinggi kerana PAP begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikait sebagai kaum bermasalah.

Ini menyebabkan ramai anak Melayu dicekup ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA! Jika empat banduan Melayu sudah selesai menjalani hukuman, empat Melayu lain akan ganti isi tempat atas pelbagai tuduhan.

Anonymous said...


Dap Dip Dup

Dap Dip Dup

Jantung sifu evangelis berdebar-debar

seolah-olah jantung

mahu melompat keluar

dari dada ke mulut

tangan dan lutut terketar-ketar

sejak masuk mahkamah

kerana dakwaan rasuah

banglo terlajak diskaun.

Penyokong dan barua konon setia

kerana upah seguni

dedak cap dedak.

Apabila sifu masuk penjara

dan parti roket kalah PRU 14,

penjilat, penyokong dan barua

boleh mohon jawatan baru

jaga parking haram

di lorong belakang

dalam bandaraya KL.


Anonymous said...


SINGAPURA NEGERI MELAYU TERLEPAS KE TANGAN ASING

Apabila kaum Melayu Islam berpecah-belah, orang-orang kafir bertepuk tangan dan negeri bahkan negara kaum Melayu Islam boleh terlepas ke tangan kaum kafir di waktu sebilangan pengkhianat Melayu memainkan peranan Raja Mendeliar dan si Kitol menjadi penjilat, penyokong dan barua sifu evangelis yang memimpin parti perkauman ultra kiasu roket. Agama Islam dan umat Islam akan ditindas oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi !

Ke mana kaum Melayu Islam nak berhijrah jika ini berlaku?

Jika anda jenis manusia yang bertanggung-jawab memikirkan masa depan keturunan Melayu Islam anda, sokong dan undilah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14.

Anonymous said...


BERITA BAIK BAGI UMAT ISLAM DAN PARTI ISLAM PAS PIMPINAN ULAMA ISLAM

33 pimpinan utama Bersatu Kota Bharu isytihar sertai PAS


Hilang keyakinan terhadap Bersatu di bawah pimpinan Tun M, Naib Presiden Bersatu

“Kami cukup kecewa dengan sikap Tun yang kelihatan terlalu mengutamakan parti chauvinis DAP,” katanya

https://www.ismaweb.net/2018/03/20/33-pimpinan-utama-bersatu-kota-bharu-isytihar-sertai-pas/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails