Sunday, March 18, 2018

Guru Jalin Seks Lesbian Dengan Pelajar. Mahu Beginikah Kita?

Brooke Rosendale

SEORANG guru wanita yang telah bertunang, dipenjara selama tiga tahun selepas menjalinkan hubungan seks lesbian dengan pelajar perempuan di sekolahnya yang berusia 13 tahun.
Brooke Rosendale, 27, dari Bloomdale, Ohio, mengaku salah atas tuduhan terlibat dalam hubungan seksual dengan pelajarnya.
Ketika hukuman dijatuhkan, pelajar berkenaan berada di dalam mahkamah. Dua lagi dakwaan tambahan telah digugurkan oleh mahkamah.
Rosendale terlibat dalam hubungan seks dengan pelajarnya antara 4 Januari hingga 3 Januari tahun lepas. Pelajar itu merupakan pemain bola keranjang manakala Rosendale pula adalah jurulatihnya sebelum dia berhenti pada Mac 2017.
Dia juga secara sukarela menyerahkan sijil mengajar. Walaupun dalam mahkamah tidak disebut jantina pelajar tersebut namun ia telah dikenalpasti sebagai perempuan.
Dengan kesalahan itu, Rosendale kini didaftarkan sebagai pesalah seks. Dia turut memohon maaf kepada ibu bapa pelajar terbabit. Mereka turut hadir di mahkamah namun enggan mengulas mengenai hukuman itu.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Rosendale telah bertunang pada Julai 2016 selepas menjalin hubungan dengan kekasihnya sejak 2012. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di negara-negara sekular hal begini sudah lumrah. Mahukah perkara-perkara begini berlaku di negara kita? Kalau tidak mahu, dalam PRU14 akan datang, sokong dan undilah parti Islam se Malaysia.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

1 comment:

Anonymous said...

SOKONGLAH DAN UNDILAH PAS PIMPINAN ULAMA YANG MENUNJUKKAN JALAN KE SYURGA

Kita tidak merasa terkejut membaca artikel ini sebab selama ini pun parti kafir harbi roket yang memimpin pakatan munafik sibuk menentang, menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti ((67%) untuk mengamalkan ajaran Islam.

Puak munafik dan kafir harbi ini juga menghasut orang ramai supaya mereka membenci dan menolak ajaran Islam dan menerima undang-undang sekular yamg telah gagal menyelesaikan masalah manusia.

Kita amat memahami sikap anti-Islam yang diamalkan oleh parti perkauman kafir harbi roket dan khadam-khadam dungunya sebab sebilangan pemimpin roket terdiri dari penganut devilgelist.

Maka tidak hairanlah puak munafik dan kafir harbi ini amat membenci dan memusuhi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang sedang berjuang untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan musuh untuk setiap pejuang Islam. Dan musuh-musuh PAS terdiri dari puak munafik dan kafir harbi yang memimpin parti sekular dan liberal.

Firman Allah dalam surah Al-an’aam 112 (yang bermaksud):

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu ada musuh, iaitu syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia”.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails