Saturday, September 16, 2017

Tun M Habiskan Jutaan RM Jumpa Bush -Dedah Najib. 2 PM Sama?

Tun M sanggup belanja jutaan ringgit jumpa Bush: PM
Najib melambaikan tangan kepada orang ramai sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA setelah mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. - Foto Bernama


SEPANG- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hipokrit kerana bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas Presiden Amerika Syarikat pada 2002.

Ketika mendedahkan perkara itu, Najib berkata Dr Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan berjumpa  George W Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.

"Dr Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid (Megat Ayub) sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu Arang... berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.

"(Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ini.

Para penyokong berkumpul sejak 6 petang bagi melahirkan sokongan dan penghargaan berikutan kejayaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat selama tiga hari mulai 11 Sept atas undangan Presiden Trump bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Menurut Perdana Menteri, lawatan ke Amerika amat berjaya dan menjelaskan, beliau tidak pergi ke negara kuasa besar itu untuk meminta bersedekah atau melulut, tetapi menyatakan Malaysia telah sampai ke tahap pelaku global.

"Saya beri gambaran bagaimana Trump menerima kedatangan saya. Selepas pertemuan di bilik kabinet, pegawai protokol meminta Trump berjabat tangan dengan saya di luar pejabatnya.
"Trump kata 'Tidak, saya mahu mengiringi beliau ke kereta dan pegawai protokol berkata kereta saya di bawah tanah, dan Trump berkata 'tidak mengapa, beliau kawan saya," kata Najib.

Mengulas lanjut, perdana menteri berkata Presiden Trump menganggap beliau sebagai kawan dan menghormati kepimpinan Barisan Nasional.

"Saya pergi bukan kerana saya tetapi kerana dan untuk Malaysia. Kalau kita ada hubungan baik dengan China dan Arab Saudi, (ini) adalah kerana Malaysia," katanya.

Mengenai kritikan terhadap pembelian pesawat Boeing, Najib berkata beliau hanya menyampaikan keputusan yang dibuat Malaysia Airlines Bhd (MAB), kepada Presiden Trump.
"Secara kebetulan MAB sudah buat keputusan bulan Julai tahun lepas untuk membeli 25 

Boeing 737... Ini keputusan dibuat oleh MAB, saya menyampaikan kepada Trump," katanya.

Perdana menteri berkata kritikan Dr Mahathir terhadap pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika juga bertentangan dengan kenyataan bekas perdana menteri itu sebelum ini yang menggalakkan KWSP membuat pelaburan di luar negara.

"Saya dapat rekod kenyataan Dr Mahathir pada 26 April 2005, dia kata KWSP patut melabur lebih di luar negara supaya penyimpan deposit dapat dividen lebih.

Mengambil contoh pembelian saham Alibaba Group yang disenaraikan di Amerika oleh Khazanah Nasional Bhd, beliau berkata Khazanah mendapat keuntungan US$1 bilion daripada pelaburan tersebut.

Mengulas mengenai isu Rohingya, Najib berkata beliau telah menyebut mengenai isu itu melalui kenyataan rasminya kepada Presiden Trump, selain turut menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri Britain Theresa May dalam pertemuan di London pada Khamis. - Bernama

Komen weblog Ibnu Hasyim: Sama saja tindakan 2PM itu dalam menghabiskan wang rakyat. Difahamkan perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat..  Perbincangan yang kononnya hanya melibatkan dua perkara pokok, tak boleh ke diserahkan kepada Duta Besar Malaysia ke AS? 

Sama saja 2 pemimpin UMNO/BN dalam menghabiskan wang rakyat, walaupun yang satu itu sudah cabut lari tinggalkan sarangnya.. Kata periuk belanga hitam, pada hal juboq dua-dua yang hitam.

Lihat sbelum ini...

2 comments:

Unknown said...

YANG HENDAK DIUBAHNYA DASAR,BUKAN JATUHKAN NAJIB ATAU BN,TETAPI DASAR YANG PRINSIPKAN AKIDAH DAN AKHLAK.

Anonymous said...

Kena tubuh RCI pulok kalu lagu ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails