Sunday, September 03, 2017

Petani Jadi Pejuang, Jihad Rohingya Semakin Berkembang..

Petani jadi pejuang, pasukan jihad Rohingya semakin besar Masyarakat Rohingya terus dihimpit kemiskinan dan ditindas kerajaan Myanmar apabila masih dinafikan kerakyatan. – Gambar EPA, 2 September, 2017. 

MOHAMMAD Omar sering masuk ke sempadan Bangladesh untuk menjual rokok tetapi sejak akhir-akhir ini, dia ada agenda berbeza – menambah bekalan untuk militia Rohingya yang berjuang menentang pasukan keselamatan Myanmar. 

Rekrut baharu dilatih dan bersenjata berada di kawasan berbukit berhampiran sempadan Rakhine di Myanmar, di mana konflik berdarah yang berlanjutan sehingga seminggu lamanya menyebabkan sekurang-kurangnya 110 mati dan menyebabkan hampir 20,000 orang awam melarikan diri ke Bangladesh. 

Omar (bukan nama sebenar), 20, berkata dia antara lebih 170 pejuang Rohingya, kaum minoriti Islam yang bersembunyi di dalam hutan, di mana di situ mereka menyerbu pos pasukan keselamatan Myanmar untuk merampas senjata. 

“Kami tidak ada senjata jadi kami serang mereka dengan melaungkan 'Allahu Akbar' menggunakan kayu dan parang. 
“Kami lebih ramai. Kebanyakan anggota tentera itu takut dan melarikan diri. Kemudian kami rampas senjata dan peluru mereka.” 

Omar berkata dia askar Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan mengejut pada Jumaat lalu hingga menyebabkan 11 pegawai Myanmar terbunuh dan mencetuskan peperangan paling teruk di Rakhine dalam tempoh beberapa bulan lalu. 

Selepas bertahun-tahun, masyarakat Rohingya mengelak melakukan keganasan, ARSA bangkit pada Oktober lalu dan memulakan serangan teratur dan membunuh di pos polis. Ia menyebabkan kawalan keselamatan besar-besaran dilakukan tentera Myanmar menyebabkan ramai terkorban dan memaksa 87,000 yang lain lari ke Bangladesh. 
Masyarakat Rohingya yang terselamat daripada pertempuran berdarah baru-baru ini mendapatkan perlindungan di sempadan Bangladesh. – Gambar EPA, 2 September, 2017.
Masyarakat Rohingya yang terselamat daripada pertempuran berdarah baru-baru ini mendapatkan perlindungan di sempadan Bangladesh. – Gambar EPA, 2 September, 2017. 

Omar menyertai satu kumpulan dikenali sebagai Harakah al-Yaqin – pasca serangan pada Oktober itu ketika Rohingya menyahut seruan untuk mengangkat senjata dan mempertahankan kampung mereka. Dia berhenti menjual barang di Bangladesh tetapi terus menggunakan permit masuk hariannya untuk menghantar bekalan makanan kering dan barang lain untuk diseludup masuk semula sebelum dihantar kepada pasukan Rohingya. 

Kumpulan itu diterajui oleh Rohingya yang tinggal di Arab Saudi, dan berlatih berperang diajar oleh pejuang gerila berpengalaman, menurut laporan International Crisis Group. 

Dulu petani, kini pejuang 

Kerajaan baru-baru ini menyiarkan gambar menunjukkan rampasan senjata militan Rohingya termasuk bom paip, pisau dan kayu, dengan ada antaranya dirampas dari lubang belakang rumah.

Myanmar mengelaskan militan itu sebagai “pengganas Bengali” dan menuduh mereka melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya dan membakar rumah masyarakat Rohingya dan komuniti lain. Etnik Buddha Rakhine dan kumpulan suku lain antara yang maut selepas didakwa menjadi sasaran militan terbabit. 

ARSA berkata ia berjuang mempertahankan Rohingya daripada didera tentera Myanmar dan masyarakat majoriti Buddha di Rakhine yang cuba menghalau mereka. 
Golongan pemuda Rohingya sudah tidak tahan ditindas dan mulai bangkit memperjuangkan kebebasan mereka. – Gambar EPA, 2 September, 2017.
Golongan pemuda Rohingya sudah tidak tahan ditindas dan mulai bangkit memperjuangkan kebebasan mereka. – Gambar EPA, 2 September, 2017. 

Rohingya di Myanmar dianggap pendatang haram dengan kira-kira sejuta masyarakat itu dinafikan kerakyatan. Tetapi sesetengah masyarakat Rohingya menuduh tindakan penunjuk perasaan melakukan provokasi terhadap tentera menyebabkan serangan balas dan membawa lebih banyak kesengsaraan kepada masyarakat itu. 

“Petani yang jadi pejuang itu, dengan senjata yang sedikit hanya membawa lebih sengsara kepada umat Islam Rohingya,” kata seorang pemimpin terkemuka Rohingya yang enggan namanya didedahkan. 

Bagi pasukan baharu itu, perjuangan mereka benar untuk menentang pasukan tentera Myanmar yang lengkap bersenjata, yang ditawarkan bantuan ketenteraan dari Bangladesh untuk mengeluarkan semua pemberontak berhampiran sempadan. Berdasarkan maklumat diterima AFP, semakin ramai lelaki Rohingya menyahut seruan untuk menyertai pasukan militan itu.

Beberapa keluarga memberitahu anak lelaki dan saudara lelaki mereka tidak keluar dari Rakhine untuk berjuang, dan sesetengahnya kembali semula merentasi sempadan sebaik saja ahli keluarga mereka sudah pun jauh daripada segala keganasan. 

Omar berkata 64 lelaki muda Rohingya sudah tersenarai dalam unitnya dalam tempoh dua hari, datang dari kem pelarian di Bangladesh untuk menyertai perjuangan mereka itu. 

“Sekarang kami sedang latih mereka di kem kami. Ramai lagi yang akan sampai, dan Al Yaqin semakin hari semakin besar. Hari kemerdekaan kami sudah tidak lama lagi,” katanya. – AFP, 2 September, 2017.



1 comment:

Kaw kaw said...

https://www.newsbud.com/2017/08/29/breaking-journalist-interrogated-sacked-for-exposing-cia-nato-arming-of-terrorists/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails