Tuesday, March 21, 2017

Jangan Meroyan, PAS Sasar Tawan S'gor. -Nik Abduh.


Hasil carian imej untuk pas tawan Selangor iskandar
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta pemimpin Pakatan Harapan tidak meroyan dengan sasaran PAS untuk menguasai Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Kata beliau, jika Pakatan Harapan berhasrat menawan Kelantan maka tidak salah PAS menetapkan sasaran merampas kerajaan Selangor yang kini ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Belah sana (Pakatan Harapan) sering cakap nak kalahkan PAS di Kelantan. Akan bertanding di semua kawasan PAS tanding.
“Dah beriya sangat belah sana nak tawan Kelantan, apa pulak salahnya belah sini (PAS) nak ambil Selangor? Belah kita tak apa. Belah orang tak boleh. Kartun lah,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Mohamad Abduh dalam pada itu membidas Pakatan Harapan kerana seolah-olah mahu memaksa PAS bekerjasama dengan mereka.
Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) diketuai parti sekular DAP.
Pakatan Harapan hari ini mengumumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan turut menyertai gabungan pembangkang itu.
Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan UMNO dan Kerajaan Persekutuan kerana enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam perniagaan dan politik. – Mynewshub.cc

5 comments:

Anonymous said...

Buat apa la nak melayan cakap org yg angkuh tu,,melainkan kita pun sama angkuh seperti mereka juga. Di atas faktor apa pas boleh menguasai selangor? Kemenangan 15 kerusi d sngor pada pru 13 adalah keberadaan pas bersama pr. Tidak dinafikan ,sokongan pengundi pkr dan dap banyak membantu kemenangan. Tetapi sekarang sudah berbeza,,dan saya amat setuju pas keluar daripada tahaluf siyasi yg merugikan melayu dan islam itu yg mana dap adalah pembuat dasarnya. Tapi, jgnlah jadi bodoh dan angkuh,,jgn la kata pas akan menguasai sngor. Ini cakap orang bodoh sombong. Amanah cakap akan menguasai kelantan...biarlah pecacai dap tu nak cakap apa pun,,memang dasar pecacai begitu la kata2 mereka.

Anonymous said...

Fakta yang jelas ialah parti-parti liberal seperti parti PK* dan parti kuali, yang menjadi barua parti roket yang memusuhi agama Islam dan umat Islam, terdiri dari ramai 'jeneral' dan terlalu sedikit 'tentera' maka mereka terpaksa menggunakan jentera pilihanraya PAS semasa PRU13.

Apabila PAS dipaksa keluar dari PR oleh parti roket, ini bererti parti PK* dan parti kuali akan kehilangan sokong dan bantuan jentera pilihanraya PAS dalam PRU14. Maka parti PK* dan parti kuali dan parti roket akan menghadapai masalah besar bila calon mereka bertanding di kawasan orang Melayu.

Maka kita tidak merasa hairan melihat parti PK* dan parti roket gila talak merayu pada PAS apabila PRU14 semakin hampir.

Umat Islam telah menyaksikan sikap permusuhan parti Roket terhadap agama Islam dan umat Islam dan sikap munafik parti liberal PK* yang bersekutu dengan parti roket !

Yang pasti dan jelas Pakatan Haprak akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 !

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Fakta yang jelas ialah parti liberal PK* dan parti kafir harbi roket, yang memusuhi agama Islam dan umat Islam, terdiri dari ramai 'jeneral' dan terlalu sedikit 'tentera' di kawasan umat Islam @ orang Melayu maka mereka terpaksa menggunakan jentera pilihanraya PAS semasa PRU13.

Anonymous said...

Tidak ada yang mustahil insyaAllah...kesilapan pkr adalah menjangkakan bahawa majoriti melayu-melayu dikawasan bandar itu adalah liberal. Big mistake pkr big mistake....Takpelah biarlah kesilapan itu berlaku... baik juga sebab lebih memudahkan orang Islam baik Cina Muslim, India Muslim dan Malay Muslim untuk berkumpul dibawah bumbung yang baharu iaitu Pas insyaAllah.

Pas bagaimanapun jgn lupa pula kpd non-muslim drpd kaum India dan Cina yang kian percaya dan menyokong keikhlasan Pas. Kiranya Allah takdirkan kamu menang, jagalah kepentingan mereka mengikut lunas spt yang digariskan Islam...buktikan pentadbiran Islam membawa kebahagian untuk semua walaupun kepada penganut agama2 lain yg berbeza...nescaya aman sejahtera rakyat Malaysia...amin...

Harez said...

Ingin juga saya lihat corak pemerintahan pas di selangor. Akan di jadikn kayu ukur pelaksanaan pemerintahan islam di sana. Inyallah kalau di izinkan tuhan dan tyhan bersama dlm perjuangan pasti akan di beri petolongan dari Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails