Thursday, December 01, 2016

Hubungan UMNO/PAS Kian Mengendur? -Dr Ahmad Fakhruddin

Hasil carian imej untuk Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah.

KENYATAAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib bahawa hubungan tegang antara UMNO dan PAS kian mengendur adalah bersifat muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu. 
Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi, Pesuruhjaya PAS Kedah, (gambar) mendedahkan melalui kenyataan media semalam.
"Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara. Apa yang sebenarnya berlaku ialah PAS sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan “amar makruf nahi mungkar” dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga. 
"PAS tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini." Jelas beliau lagi.

Menurutnya, keterbukaan PAS menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan PAS larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis. PAS teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum.
Tumbangkan BN
Jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan bahawa mereka sudah memalu gendang untuk hadapi Pilihanraya Umum ke 14 dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen maka PAS sebagai pembangkang juga lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN.
BN sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat, maka di Kedah, PAS bertekad untuk kembali mengambilalih pentadbiran Wisma Darul Aman.
"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung kini mungkin menjadi persidangan terakhir mereka sebagai kerajaan di Pusat jika PRU14 diadakan dalam masa terdekat. Sebenarnya, itulah doa dan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia kini." Jelas Pesuruhjaya PAS Kedah itu lagi.  (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Xtgk isu semasa ke..hubungan pas dan umno makin mengendur atau menegang sebenarnya???

Anonymous said...

cakap aje....bolih pecaya kaa..dedak sapu juga....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails