Saturday, December 03, 2016

Kelab UMNO Luar Negara Kurang Golongan Intelektual .



KUALA LUMPUR: Kelab UMNO Luar Negara mengakui mereka kekurangan golongan intelektual untuk menepis pandangan negatif yang diutarakan oleh pihak pembangkang. 

Wakilnya, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian, berkata faktor demikian menjadi penyebab mengapa golongan muda semakin menjauhi parti itu ketika ini. 

"Sebagai contoh, pembangkang mempunyai wakilnya seperti Syed Saddiq Abu Bakar yang lantang menyuarakan pendapat bagi pihak parti mereka. 

"Tidak seperti UMNO iaitu belum ada seseorang seperti itu dengan lantang mempertahankan demi kelangsungan partinya," katanya ketika menjadi tetamu BHTV yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

Nur Alia berkata, meskipun kelabnya melakukan pelbagai program dengan menjemput beberapa menteri yang berkaitan untuk menjelaskan permasalahan parti UMNO di sini, baginya masalah itu tidak dapat membantu kelab itu jika suara mereka tidak diambil perhatian. 

"Sejujurnya, pendapat saya segelintir ahli politik UMNO lebih banyak memperjuangkan agenda peribadi berbanding rakyat. 

"Jadi inilah kelemahan parti yang perlu diperbetulkan dari bawah supaya pengundi di luar sana kembali kepada jalan UMNO," katanya sambil menambah kelabnya baru melantik presiden dari Majlis Presiden-Presiden Luar Negara sebagai wakil untuk 'berdamping' dengan pemimpin politik di negara ini. (BH)

BH Live bersama Ahli Kelab UMNO luar negara, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian

4 comments:

Brainking said...

bagus banget artikelnya, sangat bermanfaat

Anonymous said...

Err... PAS ada ahlinya yang intelek, ke?

Anonymous said...

jangalah risau pak hashim,kan paskan ramai ir,ir dan IR yg bersepah-sepah tu,mereka-mereka inilah akan membantu umno luar negeri.TAK GITU PAK HASYIM.

DON'T FORGET ESOK ADA DEMO DITITIWANGSA NAJIB AND HADI BERGABUNG...JUMPA DISANA..DISANA..DISANA.

OOooopsss..nak tanya sikit,apa khabar orang2 ASAL di gua musang sudah terbela kah mereka.Apa2pun syabas,idup rohingya..idup umno,idup pas.

Cik Minah said...

Mereka kata sudah buat rumah dan perkampongan
untuk ORANG ASLI. Juga, diperkasakan Jabatan
Orang Asli, masih juga tak puas hati.

APA LAGI YANG ORANG ASLI MAHU........??????




Mereka mahu cari makanlah, Pak Hasyim.
Kawasan cari makan mereka sudah kamu ranapkan,
beri kat tokey Taiwan and Hongkong.
Camna mereka nak cari rotan, rebong dan petai
kalau semua hutan dah kamu tebang....???
Tak guna buat perkampongan orang Asli
dan perkasakan Jabatan Orang Asli,
kalau tempat cari makan mereka kamu ratakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails