Tuesday, November 29, 2016

Perhimpunan Agung UMNO 2016 Bermula

pau


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.
Majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual berlangsung pada 8 malam dan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO.
Ketiga-tiga sayap pergerakan parti telah sebulat suara mahu perasmian itu dilakukan Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden. Tahun lepas, perasmian perhimpunan sayap dilakukan oleh ketua pergerakan masing-masing.
Sepertimana lazim, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam Taklimat Presiden pada 2 petang ini, yang dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.
Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.
Perdana menteri juga dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembangunan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC KL), yang bakal menjadi mercu tanda baharu di ibu negara.
Selain itu, beberapa acara sampingan di luar perhimpunan turut diadakan iaitu Konvensyen Penerangan UMNO 2016, Majlis Anugerah Nadi Negara (Wanita) 2016 dan pelancaran Laman Media yang juga akan disempurnakan Ahmad Zahid. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...



Pemimpin dan perwakilan bercakap pong-pang...pembela Melayu...pong-pang...pembela Melayu...pong-pang...pembela Melayu..... tetapi kos dan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, nilai ringgit merundum teruk dan kehidupan rakyat termasuk Melayu semakin terhimpit, menderita dan miskin !

Pernah seorang mantri bodo kencing rakyat dengan berkata perlaksanaan GST akan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Mantri bodo itu fikir rakyat bodo seperti dia. Rakyat pun sudah bosan dengan pemimpin hipokrit. Bubarkan saja parti keris telanjang selesai masalah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails