Friday, December 02, 2016

Datuk Pengusaha Pusat Hiburan & 2 Lelaki Mati Ditembak

01tembzakk1-transformed

GEORGE TOWN – Seorang pengusaha sebuah pusat hiburan bergelar Datuk dan dua orang awam mati ditembak seorang lelaki di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Glugor di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, ketiga-tiga lelaki berusia 30-an hingga 40-an itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan dan kepala.
 Salah seorang mangsa yang maut ditembak dalam kejadian di George Town semalam.
Difahamkan, suspek adalah pengawal peribadi Datuk berkenaan. Dia bersama Datuk dan seorang lagi pengawal peribadi menaiki sebuah kereta sebelum berlaku pertengkaran dan dia melepaskan tembakan.
Melihat kejadian itu, rakannya yang juga pengawal peribadi Datuk itu keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun dia cedera terkena tembakan. Pada masa sama, tembakan suspek terkena pada dua orang awam yang mengakibatkan kedua-duanya maut di lokasi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek dikatakan bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa yang ketika itu sedang memandu sebuah kereta BMW warna hitam.
“Pada masa sama, dua pengawal peribadi lelaki bergelar Datuk itu keluar ke arah suspek lalu turut ditembak berhampiran tempat kejadian.
“Kejadian itu turut mengakibatkan empat orang awam cedera,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini malam semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan sepatutnya mengkaji balik 'pusat hiburan' yang menjadi sarang jenayah dan maksiat, supaya pusat hiburan benar-benar berfungsi sebagai tempat berhibur dan mencari ketenangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails